Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MITI Galak Generasi Muda...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggalakkan lebih ramai golongan...

Harimau ‘Rare’ Di Zoo...

SEEKOR harimau Benggala putih yang jarang ditemui dirakam menjilat dan makan tanah di...

Pelajar Lelaki Lamar Guru...

CINTA datang tanpa diundang malah tidak memandang status atau usia sebagai halangan. Mungkin perasaan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda selatan...

Zara Zya Kecewa Wujud Instagram Palsu Fitnah Diri

SEBELUM ini pelakon, Zara Zya teruk dikecam ekoran penampilan baharu yang berambut perang sehingga ada yang melabel dirinya dengan panggilan ‘wanita jahat’.

Belum lagi reda dengan perkara itu,  sekali lagi pelakon ini dibelenggu kontroversi siap package fitnah pula tu!

Ia ekoran terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan satu akaun Instagram palsu yang memburuk-burukkan nama aktres ini.

Dengan menggunakan nama @zarazya_gile_pengkid, akaun tersebut menyebarkan fitnah dan beberapa keping gambar yang dilihat boleh menjejaskan imej Zara.

Ekoran itu, menerusi akaun Instagram milik Zara dilihat dia telah memuat naik satu posting yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu.


Zara berasa amat terkilan akan kewujudan akaun palsu berkenaan dan kecewa dengan tindakan individu itu yang boleh dianggap agak keterlaluan.

“Saya menyedari kewujudan akan palsu itu apabila dimaklumkan peminat. Apabila buka akaun itu, saya dapati kandungannya memang melampau dan mengarut.

“Lebih parah, individu itu menabur fitnah konon saya jalani pembedahan plastik dan macam-macam lagi tuduhan tak masuk akal. Nampaknya individu itu ada hasad dengki,” katanya dilaporkan Harian Metro.

Posting gambar akaun palsu yang dikongsi Zara sehingga kini menerima lebih 8,500 likes serta hampir 400 komen secara tidak langsung mendapat reaksi netizen yang pelbagai.


Rata-rata antara mereka berasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu serta meminta Zara untuk terus bersabar.

Bagaimanapun, Zara berharap agar peminat berhenti daripada terus melemparkan kata-kata kesat kepada individu tersebut tetapi sebaliknya mendoakan agar diberi hidayah buatnya.

Sabar je la. Hidup sebagai anak seni ni memang penuh dengan pancaroba.

Nak tak nak kena lah hadap. Kalau dah namanya artis, ada sahaja yang menjadi ‘perhatian’ orang. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori