Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengawal Pantai Itali Selamatkan...

ROME - Pengawal pantai Itali telah menyelamatkan 1,271 pendatang yang menaiki bot diperbuat...

NGO Pembangkang Bantah Wakil...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Bersih 2.0 membantah cadangan supaya individu yang ingin...

Tolak Calon Lompat Parti...

JOHOR BAHRU - Pengundi perlu menolak calon lompat parti yang akan bertanding pada...

Warga Emas Tidur Atas...

MELAKA -Biarpun dikelilingi kekotoran dan bau busuk sampah-sarap, seorang warga emas dari Indonesia...

113 Pekerja Warga Asing Ditahan Di Klang

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah gudang pasar raya di Jalan Kebun, Klang, Selangor semalam dan menahan 113 orang warga asing yang didapati bekerja tanpa dokumen yang sah.

Mereka yang ditahan dalam OPS Mahir yang dilaksanakan susulan aduan dan risikan terhadap gudang yang disyaki mengambil pekerja asing tanpa permit kerja yang sah terdiri daripada 40 lelaki warga Nepal, 39 lelaki warga Bangladesh, 27 lelaki warga Pakistan, dua lelaki warga India, tiga lelaki serta dua wanita warga Vietnam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata siasatan mendapati warga asing berkenaan dibekalkan kepada majikan terbabit oleh syarikat-syarikat yang membekalkan pekerja asing namun semakan mendapati mereka bukan syarikat yang diberikan lesen membekal pekerja asing oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Berdasarkan pemeriksaan, tidak kurang daripada tiga syarikat atau ejen yang membekalkan pekerja asing terlibat berdasarkan salinan perjanjian atau kontrak oleh pihak majikan.

“Majikan hanya merujuk kepada kontrak pembekalan antara syarikat tanpa menyemak sama ada syarikat tersebut merupakan syarikat ‘sumber luar’ yang diberi kelulusan oleh KDN ataupun sebaliknya,”katanya.

Menurut pengakuan pekerja yang ditahan, kesemua pasport tiada dalam simpanan masing-masing kerana disimpan oleh syarikat ataupun ejen yang membekalkan atau mengurus mereka, katanya.

“Malah terdapat juga antara warga asing tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,”katanya.

Menurutnya, antara kesalahan warga asing tersebut adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan Peraturan 39(b) Kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

Kesalahan majikan pula adalah di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu mengambil pekerja seorang atau lebih selain daripada warganegara atau pemegang permit masuk yang tidak memiliki suatu pas yang sah, katanya.

Majikan juga boleh disiasat di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahui telah melanggar peruntukan akta, katanya.


Mustafar berkata sebanyak dua Borang 29 (Saman Saksi) dikeluarkan ke atas pengurus sumber syarikat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kesemua warga asing terbabit ditahan sementara di Depoh Imigresen Bukit Jalil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan.

Dalam pada itu, katanya sepanjang tempoh bermula 1 Januari 2017 sehingga hari ini JIM telah melaksanakan 12,249 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.

“Seramai 143,868 warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 37,909 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Selain itu 1,087 majikan turut ditahan sepanjang tempoh ini,”katanya.

Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia seramai 13,798, diikuti warga Bangladesh seramai 7,635, Myanmar seramai 3,410, Filipina seramai 3,071, Thailand seramai 2,660, Vietnam seramai 1,875, India seramai 1,296 dan bakinya adalah dari negara-negara lain.

Sepanjang tempoh tersebut juga seramai 42,985 PATI dari pelbagai negara telah di usir ke negara asal masing-masing, katanya. – BERNAMA

Kategori