Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Polis Nafi Bocor...

KUALA LUMPUR : Seorang pegawai polis menafikan bahawa gambar kecederaan remaja Sindrom Down,...

Pinjaman Baru Kerajaan PN...

DARI FB NAJIB RAZAKDarurat diisytihar.Parlimen digantung.Akta kewangan yang kawal perbelanjaan digantung.Covid gagal dikawal...

Reka Bentuk Jajaran Baharu...

SHAH ALAM - Reka bentuk jajaran baharu Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)...

Kajian Menunjukkan Anda Lebih...

DI ZAMAN ini, Facebook merupakan laman kedua paling popular penggunaannya di Internet selepas...

2 Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Dijangka Pulang Esok

KUALA LUMPUR – Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata mereka Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12, telah menunjukkan reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan.

“Kedua-dua mereka mengalami kesan lecur pada badan pada tahap 20 ke 30 peratus. Selepas hampir sebulan rawatan, mereka kini hampir pulih dari luka fizikal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HKL hari ini.

Seorang lagi mangsa Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang dirawat di Unit Pediatrik dijangka dibenarkan pulang bulan ini.

“Bagi Shahir, kecederaan yang dialaminya lebih teruk kerana mengalami ‘fracture’. Namun beliau sedang pulih dengan baik,” katanya.

Dari segi mental dan emosi, Dr Zaininah berkata ketiga-tiga mereka telah diberikan rawatan psikologi untuk membantu mengatasi trauma yang dialami.


“Sebelum ini mereka mengalami ‘nightmare’ berikutan insiden tersebut. Dengan sokongan keluarga yang berterusan, kini mereka sudah boleh tersenyum dan berbual dengan orang lain,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 14 Sept lalu itu, seramai 23 pelajar dan guru pusat tahfiz itu terkorban. – BERNAMA

Kategori