Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Ladang Dibunuh Kerana...

KUANTAN - Seorang pekerja ladang warga tempatan mati dibunuh rakan sekerjanya dalam perselisihan...

Zizan Selfie Bersama Penjual...

PELAKON dan pengacara Zizan Razak menerusi Instagram peribadinya berkongsi sekeping gambar bersama penjual...

Plat Kenderaan Kuala Lumpur...

KUALA LUMPUR - Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur yang baharu...

Program ‘Ship’ Tingkatkan Pendapatan

PUTRAJAYA - Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi (SHIP) dilancarkan hari ini bertujuan untuk meningkatkan...

2 Pelajar Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Longkang

KUALA LUMPUR – Dua pelajar tingkatan satu hilang dan dikhuatiri lemas setelah terjatuh lalu dihanyutkan arus deras longkang berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, berhampiran Jalan Klang Lama, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa terbabit Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, masing-masing berumur 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Roslan Khalid berkata siasatan awal mendapati tiga pelajar lelaki dikatakan sedang menyeberangi longkang berkenaan selepas habis waktu persekolahan berhampiran sekolah menengah di taman perumahan itu.

“Sewaktu kejadian arus di longkang berkenaan deras dan dua daripada mereka telah dihanyutkan arus. Seorang lagi rakan mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Roslan berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang bermula sejurus selepas laporan diterima petang ini akan diteruskan sehingga pagi esok.

“Kita akan melakukan pencarian dari kawasan mangsa terjatuh sehingga ke Lombong Kampung Muhibah dengan anggaran jarak satu kilometer.


“Sekiranya belum ditemui juga kita akan meminta bantuan unit penyelam bagi usaha mengesan mangsa. Kita juga belum mendapatkan keterangan penuh daripada mangsa yang selamat kerana dia masih trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya,” katanya.

Beliau berkata operasi SAR yang bermula petang tadi itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori