Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tart Nanas Sepit Kekal...

KUALA LUMPUR - Sudah menjadi tradisi, tart nanas adalah antara biskut raya yang...

Melayu Berisiko Hilang Kuasa...

KUALA LUMPUR - Orang Melayu tetap berisiko hilang penguasaan politik di Perak jika...

Trump Bekas Presiden AS...

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa atas tuduhan jenayah...

Bomba Selamatkan Harta Benda...

LABUAN - Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan harta...

26 Anggota Militan Haqqani Terbunuh Serangan Udara

KABUL – Sejumlah 26 anggota kumpulan militan Haqqani terbunuh selepas Pasukan Tentera Khas Afghanistan melancarkan serangan udara ke atas tempat persembunyian mereka di timur wilayah Khost, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa pada Selasa.

“Berdasarkan maklumat yang telah disahkan, Pasukan Tentera Khas Afghanistan melancarkan serangan udara ke atas tempat persembunyian Haqqani pukul 4.54 petang (waktu tempatan) pada Isnin di daerah Jaji Maydan dalam wilayah Khost, menyebabkan 26 anggota kumpulan pengganas itu maut,” kata pegawai pemerintah pasukan khas itu dalam satu kenyataan sambil menambah beberapa lagi tempat persembunyian kumpulan militan tersebut turut musnah dalam serangan berkenaan.

Sebagai sebuah kumpulan militan yang berkaitan dengan Taliban, rangkaian Haqqani kebanyakannya beroperasi di wilayah timur dan ibu negara Kabul serta bertanggungjawab melakukan serangan berprofil tinggi ke atas pasukan keselamatan.

Penghapusan militan yang disasar itu akan terus meningkatkan keselamatan awam di wilayah timur, menurut kenyataan itu.

Rangkaian itu, yang dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat pada 2012, belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – BERNAMA

Kategori