Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Bos PNB Jadi Penerima...

KUALA LUMPUR – Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan kelmarin, membuat serahan pertamanya...

Waspada Penjenayah Menyamar Pekerja...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap...

‘Lautan’ Ketum FELDA Mata...

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar merampas 787 kilogram...

Dayang Nurfaizah: Artis Dan...

NAMPAKNYA krisis yang melanda Shila Amzah dengan pihak media Melayu semakin mendapat perhatian...

28 Remaja Berbasikal Lajak Ditahan Polis

MERSING – Polis menahan 28 remaja bersama basikal lajak (basikal diubah suai) masing-masing menerusi Ops Lajak yang dijalankan di sekitar bandar Mersing, mulai Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata kesemua basikal yang disita itu didapati tidak mengikut spesifikasi dibenarkan termasuk tidak memiliki brek serta tayar diubah suai.

“Ops Lajak ini tertumpu kepada remaja yang menunggang basikal diubah suai. Dalam operasi ini, kami berjaya menahan dan memeriksa seramai 28 remaja berumur lingkungan 12 tahun sehingga 15 tahun dan merampas 28 buah basikal,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing di sini hari ini.

Kesemua remaja yang ditahan telah dibebaskan tanpa syarat dan ibu bapa mereka juga dipanggil ke balai untuk diberi nasihat, katanya.

Beliau berkata kesemua basikal yang diubah suai itu akan dilupuskan dan pihaknya sedang menimbang untuk mengeluarkan saman terhadap ibu bapa remaja terbabit.


Katanya ramai ibu bapa berkenaan langsung tidak mengetahui aktiviti anak-anak mereka yang dipercayai dilakukan secara sembunyi-sembunyi. – BERNAMA

Kategori