Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Taman Rekreasi Berlaku Serangan...

KOTA KINABALU: Perdana Park Tanjung Aru, di sini, yang diarah tutup berikutan insiden...

Kebebasan Media Perlu Digunakan...

ALOR GAJAH - Kebebasan media di negara ini perlu digunakan oleh pengamal media...

Waris Tunggal Mangsa Lemas...

SHAH ALAM - Perasaan hiba jelas kelihatan pada wajah Mohd Hasif Abdul Halim,...

Sarawak Lulus FDI RM46.3...

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM46.3 bilion sepanjang...

3 Rempit Skuter Elektrik 100km/j Dicekup

SINGAPURA – Seramai tiga lelaki berjaya diberkas polis kerana didapati menunggang secara berbahaya skuter elektrik masing-masing dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam (km/j).

Polis Singapura menyatakan bahawa ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 32 tahun dengan 37 tahun itu ditangkap kerana menunggang secara berbahaya di laluan Nicoll Drive pukul 2.05 pagi pada Sabtu minggu lalu.

Siasatan lanjut bagaimanapun sedang giat dijalankan. Agensi berita tempatan, Mediacorp difahamkan bahawa trio pengguna e-skuter terbabit dikesan menunggang kenderaan mereka pada kelajuan melebihi 100km/j.

Namun menurut catatan laman Faceboook yang dikenali sebagai Use Your Roadsense, kelajuan paling tinggi dicatat oleh tiga penunggang e-skuter berkenaan sebenarnya mungkin berjaya mencecah 130km/j.

Para pengguna Facebook di republik tersebut yang memberi komen sebaliknya menunjukkan bahawa mereka tidak percaya langsung e-skuter terbabit boleh mencapai had kelajuan maksimum seperti itu.

“Semua pengguna jalan raya digesa memandu dan menunggang kenderaan dengan selamat serta mematuhi peraturan trafik. Kelakuan yang berbahaya dan tidak bertimbang rasa ini harus ditangani dengan serius.

“Ini kerana ia boleh membahayakan penunggang dan pengguna lain,” kata polis dalam kenyataan. Sebanyak 90 nahas melibatkan basikal dengan bantuan kuasa elektrik dilaporkan pada separuh pertama tahun ini.


Kemalangan itu mengakibatkan empat kematian dan sekitar 90 kecederaan. Menurut peraturan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), basikal dan basikal elektrik dibenarkan untuk bergerak di atas jalan raya Singapura.

Bagaimanapun tiada kebenaran untuk pemanduan skuter elektrik dan ‘kick-skuter’. Penunggang yang menggunakan kenderaan menyalahi undang-undang jalan raya akan dikenakan denda sebanyak S$2,000 (RM5,986).

Mereka jika disabitkan di mahkamah malahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan bagi kesalahan pertama yang dilakukan. Skuter elektrik lazimnya dipandu berkelajuan 30km/j. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori