Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

5 Lelaki Terlibat Kes...

SEREMBAN - Polis menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar...

Pecah Masuk Rumah: 2...

KAMPAR - Dua sahabat, masing-masing dihukum penjara 46 bulan oleh Mahkamah Majistret di...

70 Bendera, Poster Calon...

JELI – Seorang pesara tentera menampilkan kelainan untuk menarik perhatianmasyarakat dalam kempen Pilihan...

Borang Pencalonan 4 DUN...

KUCHING - Empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatat jualan borang pencalonan tertinggi...

309 Peniaga Setuju Pindah Ke Pasar Siti Hajar

PASIR PUTEH – Sebanyak 309 daripada 516 peniaga yang berniaga di Pasar Besar Pasir Puteh, bersetuju untuk berpindah ke Pasar Siti Hajar bermula Ahad ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Mohd Anis Abdul Rahman berkata persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara pihak berkuasa tempatan berkenaan dan kumpulan peniaga terbabit hari ini.

“Dalam beberapa siri perbincangan sebelum ini, peniaga berkenaan meminta kami menambah baik beberapa kemudahan di Pasar Siti Hajar dan kami menunaikan hasrat mereka itu.

“Kami membelanjakan RM2.3 juta untuk penambahbaikan berkenaan melibatkan bekalan air dan elektrik,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Anis berkata sebaik sebahagian besar peniaga terbabit berpindah ke tempat baharu, pihaknya akan mengosongkan kemudahan yang ada dalam Pasar Besar Pasir Puteh termasuk memotong bekalan elektrik dan air.

Beliau turut optimis baki peniaga yang masih menjalankan perniagaan di tapak lama akan turut berpindah ke Pasar Siti Hajar dalam masa terdekat.


Sebelum ini, peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke pasar baharu dibina MDPP itu dengan alasan ruang niaga yang sempit dan tidak dilengkapi dengan kemudahan asas secukupnya.

Selain itu, mereka juga mendakwa pasar baharu itu yang terletak hampir satu kilometer dari pasar lama tidak strategik dan jauh daripada kediaman penduduk. – BERNAMA

Kategori