Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemimpin Tidak Amanah, Berintegriti...

PUTRAJAYA - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah ​​​​​​ pemimpin...

“Berdosa Saya Jika Langgar...

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan...

Tahniah Ismail Sabri Calon...

Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN)...

52 Pelajar Kolej Matrikulasi...

IPOH - Seramai 52 pelajar lelaki Kolej Matrikulasi Gopeng mengalami keracunan makanan selepas...

4 Pelajar Maut, 5 Cedera Dalam Kemalangan Di Pitas

KOTA KINABALU – Empat pelajar wanita maut, manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Kanibongan Pitas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Mohd Izaan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Toyota Avanza itu dinaiki sembilan pelajar iaitu empat wanita dan lima lelaki.

“Kesemua mangsa termasuk pemandu adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 dan lapan daripadanya adalah pelajar Tingkatan Enam dan seorang lagi pelajar Tingkatan Empat.

“Beliau berkata kesemua empat mangsa maut dan empat lagi yang mengalami cedera ringan dihantar ke Hospital Pitas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan lanjut.


Mohd Izaan berkata punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan dan identiti mangsa belum dapat didedahkan. – BERNAMA

Kategori