Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pegawai Imigresen Meninggal Semasa...

KAMPAR - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meninggal dunia selepas menjalani latihan...

RM1.57 Juta Diagih Kepada...

ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengagihkan wang ihsan...

Pemberontak Ukraine Cemburu Referendum...

KIEV - "Kenapa England tidak mengebom sahaja puak pemisah di Scotland," soal seorang...

Produktiviti Buruh Malaysia Pada...

KUALA LUMPUR - Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.5 peratus kepada RM78,218 pada 2016...

4 Pelajar Sesat Di Gunung Soga Ditemui Selamat

BATU PAHAT – Empat remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Hutan Lipur Gunung Soga, dekat sini, akhirnya ditemui selamat.

Keempat-empat pelajar tingkatan dua itu Mohd Amir Haziq Iqramudin, Mohd Azrul Azizi Mohd Zaidi, Mohd Khairul Muttaqim Mohd dan Muhamad Afif Samsudin ditemui hari ini dalam keadaan letih selepas sesat hampir 15 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor berkata, mereka ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satuĀ kilometer dari lokasi mereka masuk ke hutan itu, pada jam 10 pagi,Ā yang mana kesemua dilihatĀ dalam keadaan tidak bermaya.

Katanya, merekaĀ dipercayai berusaha untuk mencari jalan keluar berdasarkan laluan mula-mula masuk, namun ekoran faktor cuaca yang sudah gelap, menyukarkan untuk mereka berbuat demikian.

Sementara itu, salah seorang daripada remaja itu mengalamiĀ Ā asma berikutan cuaca hujan pagi tadi dan kesemuanya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk pemeriksaan kesihatan.

Operasi SAR itu membabitkan 44 anggota iaitu 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 15 anggota polis dan 13 Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain dibantu tiga orang awam sebagai jurupandu.


Fauzi berkata, pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan memasuki melalui arah berlainan iaitu Kampung Istana, Bukit Perdanai dan estet Sri Gading, dekat sini.

Terdahulu, kehilangan empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar Batu Pahat itu disedari pada jam 7.15 malam tadi selepas seorang mangsa menghubungi rakannya memaklumkan mereka sesat dan tidak menemui jalan keluar dari hutan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori