Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Saingan Tiga Penjuru Di...

SUNGAI BULOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru...

Pemuda PAS Perak Mahu...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyambut baik usaha Jawatankuasa Fatwa...

Suhaizan Ingatkan PAS Perlu...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang tewas dalam pemilihan...

Kerajaan Berusaha Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang berusaha untuk memudah cara kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas...

4 Unit Kedai 2 Tingkat Musnah Terbakar

BUTTERWORTH – Sederet empat unit kedai dua tingkat di Jalan Heng Choon Thian dekat Bagan Luar, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.31 malam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

“Ketika pihak bomba tiba api sedang marak dan sebahagian daripada kedai di situ telah terbakar. Kebakaran membabitkan kedai menjual alat ganti kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada 10.50 malam daripada terus merebak ke kedai lain dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana operasi perniagaan sudah berakhir ketika kejadian berlaku manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Jurucakap itu berkata seramai 27 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Bandar Perda serta Perai dibantu sembilan Pasukan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi tersebut.


Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti kenderaan yang mahu dikenali sebagai Leong, 30-an, berkata semasa kejadian premis perniagaan tersebut telah ditutup namun beliau percaya majikannya kerugian ratusan ribu ringgit berikutan kejadian itu.

Katanya majikannya baru sahaja menambah stok alat ganti kenderaan kedainya dan hampir keseluruhan barangan yang terdapat dalam premis itu musnah. – BERNAMA

Kategori