Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

11 Anggota Misi WBG...

KUALA LUMPUR - Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza'...

Anak Calon BN Cipta...

ANAK kedua calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Wan...

Radzuan Radziwill Buat Baju...

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill mengambil inisiatif memulakan projek...

Pegawai Kanan Polis N.Sembilan,...

SEREMBAN - Lebih 30 pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

425,251 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di seluruh negara, bermula pagi ini hingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 394,458 adalah calon sekolah kerajaan, 9,034 (calon sekolah agama negeri), 10,949 (calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan 2,540 (calon sekolah agama rakyat).

Manakala 1,091 adalah calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM, 544 (calon persendirian) dan 65 calon daripada sekolah integriti/ asrama akhlak serta tunas bakti.

PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sejak 2014.

Sementara itu, di Selangor, seramai 75,473 calon menduduki PT3 di 332 pusat peperiksaan di negeri ini.

Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda, seramai 221 calon menduduki Ujian Bertulis Bahasa Melayu PT3, pagi ini.


Sebelum memasuki dewan, pelajar berhimpun di tapak perhimpunan bagi mendengar amanat daripada Pengetua, Hashim Saryani.

Petang nanti, calon PT3 akan menduduki ujian bertulis subjek Matematik. – BH ONLINE

Kategori