Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4 Restoran India PJ...

PETALING JAYA - Wakil rakyat DAP menggesa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil...

Rapid Penang Kaji Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mempertingkatkan tahap keselamatan untuk kapten...

Geng Pecah Rumah Warga...

SHAH ALAM - Polis Selangor berjaya menumpaskan geng pecah rumah warga Amerika Latin...

Kerajaan Pusat Jamin Penurunan...

BINTULU - Kerajaan persekutuan memberi jaminan akan menyerahkan penurunan kuasa pentadbiran kepada kerajaan...

7 Langkah Tingkat Prasarana Logistik & Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Dalam memastikan limpahan ekonomi yang lebih seimbang di antara bandar dan luar bandar, kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistik dan pengangkutan, dalam Bajet 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM110 juta di bawah Laluan Rel Pantai timur (ERCL) untuk menyedia jalan alternatif ke Pelabuhan Klang bagi melengkap dan melancarkan jaringan pengangkutan.

Beliau berkata ECRL, yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan yang dapat membawa muatan kargo dan penumpang dalam tempoh empat jam.

“Kerja-kerja pembinaan fizikal akan bermula Januari 2018,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, yang dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

“Selanjutnya, bagi projek LRT3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia, Klang, dijangka siap pada Februari 2021,” kata beliau.

Bagi Projek Central Spine Road, Najib berkata sejumlah RM230 juta diperuntukkan untuk 2018 bagi meneruskan pembinaan, antaranya pakej jajaran Raub ke Bentong, dan jajaran Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang.


“Bajet ini juga mengisytiharkan bahawa, Pulau Pangkor di Perak sebagai Pulau Bebas Cukai. Bagaimanapun, ini tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor,” kata Najib.

Bagi merancakkan ekonomi di bahagian utara, Zon Ekonomi Sempadan Khas di Bukit Kayu Hitam akan dibangunkan.

“Pembangunan ini turut merangkumi Zon Perindustrian Bebas yang akan menjadi tarikan baharu kepada pelabur dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur – Singapura sejauh 350 kilometer dalam masa 90 minit, dijangka memanfaatkan rakyat menjelang 2026.

“Berita gembira buat rakyat Selangor dan Perak, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dari Banting ke Taiping sedang dibina dengan kos RM5 bilion,” katanya. – BERNAMA

Kategori