Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Bayi Masih Bertali...

SANDAKAN - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemukan berbungkus dalam plastik yang...

Video: Lagi Kejadian Pandu...

LAGI kes kereta dipandu melawan arus, kali ini dalam satu kejadian di Lebuhraya...

Nahas Helikopter: Karnival UMNO...

KUALA LUMPUR - Karnival Himpunan Hari UMNO sempena ulang tahun ke-70 parti itu...

Jangan Silap Pilih Lagi

Oleh RAJMAH HASANSilap buat keputusan lagi, natijahnya bukan terpalit kepada penduduk Selangor sahaja,...

702 Pusat Pengajian Islam Sudah Diperiksa – Bomba

TEMERLOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas 702 daripada 2,428 pusat pengajian Islam di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Bomba Datuk Amer Yusof berkata laporan terperinci mengenai tahap keselamatannya dijangka dapat dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

“Terdapat 2,428 pusat pengajian agama di negara ini merangkumi 929 pusat tahfiz, 290 buah sekolah pondok, 394 sekolah agama dan 815 sekolah agama negeri.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas 702 buah pusat pengajian ini meliputi semua aspek, khususnya keselamatan,” katanya di sini, hari ini.

Amer berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Paya Luas di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan turut hadir Pengarah Bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.


Sementara itu, Abdul Wahab berkata di Pahang, terdapat 32 pusat pengajian Islam telah menjalani pemeriksaan keselamatan bomba.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati sebanyak 46 pusat pengajian Islam berdaftar manakala 33 lagi belum berdaftar. – BERNAMA

Kategori