Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Exco Johor Dimuktamadkan Minggu...

ISKANDAR PUTERI – Rombakan barisan Exco kerajaan negeri Johor dijangka dimuktamadkan menjelang akhir...

Penamaan KWSP, Ramai ‘Serah...

KUCHING - Jika ditanya kepada mana-mana pekerja mengenai simpanan hari tua KWSP, kebanyakannya...

Alat Cuci, Kering Rambut...

SICHUAN - Seorang lelaki di China yang melihat kesukaran neneknya yang lumpuh untuk...

Malaysia Mulakan Strategi Global...

Malaysia melaksanakan tindakan undang-undang di Belanda untuk mengenepikan dan menghalang sebarang percubaan oleh...

71 Acara Berkisar Kehidupan Nelayan Sempena GNN 2017

KEMAMAN – Sebanyak 71 acara kebanyakannya berkisar mengenai kehidupan nelayan akan diadakan sempena program Gelombang Nelayan Nasional 2017 (GNN 2017) di pantai Kuala Kerteh bermula Khamis ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pada program yang berlangsung tiga hari itu, golongan nelayan akan diraikan dengan istimewa sebagai tanda pengiktirafan kerajaan terhadap jasa dan sumbangan mereka dalam sektor perikanan selama ini.

“Kebiasaannya, kalau ada perhimpunan begini kita himpunkan mereka di bawah satu kanopi yang besar untuk mendengar ucapan daripada pemimpin, ahli politik tapi pada kali ini kita minimumkan ucapan.

“Kali ini pemimpin datang untuk melihat nelayan dan bukannya untuk nelayan yang datang melihat pemimpin. Kita akan lihat perarakan bot dan kreativiti mereka, luangkan masa untuk mendengar luahan mereka bercakap tentang permasalahan yang dihadapi golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau gotong royong perdana di tapak lokasi GNN 2017 di Kuala Kerteh di sini hari ini.

Antara 71 aktiviti itu ialah lumba sampan, Forum Perdana Ehwal Islam -‘Nelayan Selamat, Rezeki Berkat’ bersama Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Badli Shah Alauddin, persembahan santai anak seni nelayan dan permainan dam aji terbesar yang sinonim dengan golongan itu.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kemasik/Kerteh, Husin Muda berkata golongan nelayan di Kemaman sangat terharu dengan pemilihan daerah itu sebagai penganjuran GNN yang mengiktiraf usaha mereka terhadap ekonomi negara.


“Kami, golongan nelayan mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana mengaturkan program hebat seperti ini dan dapat menyelami kehidupan nelayan yang sebenar.

“Setakat ini, semuanya berjalan lancar dengan persiapan hampir 90 peratus termasuk dari segi kemudahan logistik dan parkir. Sebanyak lima bas percuma akan disediakan untuk pengunjung untuk memudahkan mereka datang ke tapak program,” katanya.

Antara tempat parkir yang disediakan untuk pengunjung ialah sekitar restoran segera McDonald’s dan tapak pasar malam berhampiran di mana mereka akan menaiki bas bagi mengelak kesesakan, katanya. – BERNAMA

Kategori