Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Miri Ditipu...

MIRI - Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan sindiket...

Penyokong Mahathir – #PemilihanPKR...

KUALA LUMPUR - Penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad mula melancarkan serangan media sosial...

Op Ikrar: 20 PATI...

KUALA TERENGGANU - Tiga wanita warga Thai yang bekerja sebagai pelayan kedai makan...

Polis Anggap Rakyat Negara...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap rakyat di negara ini sebagai...

8 Maut, 40 Hilang Insiden Bot Bawa Rohingya Karam

DHAKA – Lapan mayat telah dijumpai selepas sebuah bot yang sarat dengan orang Rohingya karam di Teluk Bengal berhampiran di tenggara Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai polis tempatan pada Isnin.

Md Ashrafuzzaman memaklumkan Xinhua bahawa “mayat empat kanak-kanak dan empat wanita itu dijumpai pagi ini,” sambil menambah bahawa kira-kira 40 orang masih hilang dalam insiden itu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memaklumkan waktu sebenar bot itu karam dan berkata ia mungkin berlaku pada awal pagi Isnin.

Pegawai polis itu berkata Pengawal Sempadan, Tentera Laut dan Pengawal Pantai telah bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mayat yang terapung di Teluk Bengal berhampiran Pulau Shah Porir di mukim Teknaf dalam daerah Cox’s Bazaar, kira-kira 292 kilometer di tenggara Dhaka.

“Kami mendapat maklumat bahawa kira-kira 40 orang masih hilang selepas bot yang sarat dengan kira-kira 70 Rohingya karam di Teluk Bengal,” katanya.

Memetik kenyataan beberapa mangsa yang terselamat, beliau berkata kira-kira 20 penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai selepas bot itu karam.


Minggu lepas, sekurang-kurangnya 28 mayat ditemui selepas sebuah bot yang membawa orang Rohingya karam di muara Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh.

Mayat 132 Rohingya dan pemandu bot rakyat Bangladesh telah ditemui di Sungai Naf dalam sekurang-kurangnya insiden 25 bot karam sejak 29 Ogos.

Lebih setengah juta penduduk etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh dari negeri Rakhine di Myanmar selepas keganasan kembali meletus di rantau itu sejak 25 Ogos. – BERNAMA

Kategori