Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Bukan Wanita Tulen, Sajat...

TAK habis-habis lagi kontroversi yang melanda personaliti media sosial dan pengasas kosmetik Nur...

4 Bekas Pemain T-Team...

KUALA TERENGGANU - Empat bekas pemain bola sepak pasukan T-Team hari ini mengaku...

Motosikal Ciptaan UNIMAP Bakal...

KANGAR - Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan melihat jenama Seri Perlis (SP)...

Agong, Permaisuri Ziarah Pusara...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Ada Pihak Tidak Puas Hati Dengan Yusuf Azmi?

KAJANG – Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusuf Azmi mendakwa ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan tegasnya dalam menangani gejala penipuan yang semakin meruncing ketika ini.

Ketika disoal mengenai pihak ketiga yang terlibat dalam kes ini, Yusuf berkata, dia mengakui kesal kerana hasrat murni untuk melihat Malaysia bebas daripada gejala tidak sihat diganggu.

Tambahnya lagi, apa yang berlaku pada hari ini adalah satu perkara yang amat memalukan bukan sahaja bagi dirinya sendiri malahan kepada pemimpin negara ekoran dakwaan tidak berasas pihak berkenaan.

“Walaupun saya dihadapkan ke mahkamah untuk tuduhan di bawah Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan perbuatan khianat ia tidak menjadi hal.

“Tapi, yang menjadi persoalan siapakah pemimpin berkenaan yang mengarahkan supaya saya dituduh di mahkamah.

“Kalau beginilah apa yang berlaku, tidak akan ada lagi orang yang mempunyai jiwa untuk membela (nasib golongan tertindas) dan menjadi saksi kerana akan dituduh dan ditangkap,” katanya memetik sebuah sumber.

Dalam pada itu, Yusuf turut mengakui berasa pelik dan keliru dengan sistem perundangan di negara ini apabila pihak yang ingin menegakkan kebenaran ditangkap manakala pihak yang bersalah tidak pula didakwa.

Yusuf Azmi, Ali Salimin Hadir Ke IPD Kajang

“Adakah kita di Malaysia ini dikawal oleh orang politik? Adakah kita ini dikawal dengan perundangan di negara ini?


“Adakan budaya di Malaysia ini perlu diadakan persatuan perompak-perompak kerana orang yang merompak tidak akan ditangkap.

“Contohnya apa yang berlaku dalam kes Datuk Kabi. Datuk Kabi tidak dituduh berkenaan dengan kes ini. Dia juga tidak ditangkap dan tidak dibawa di mahkamah.

“Kenapa saya ni yang membela dan siap tutup pagar dan ada video tapi saya pula yang dituduh, sedangkan apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu apa yang berlaku sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang membela golongan yang menjadi mangsa sindiket penipuan.

Yusuf bersama Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dan pencerobohan sebuah stor kereta di sini pada Julai lalu.

Baca: Yusuf Azmi, Ali Salimin Hadir Ke IPD Kajang

Juga: Yusuf Azmi, Ali Salimin Mengaku Tidak Bersalah

Kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan pihak mahkamah menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori