Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Media China Berusaha Yakinkan...

WUHAN: Ribuan warga China berhimpun di jalanan untuk meraikan Tahun Baharu ketika pihak...

Anak Saudara Karpal Singh,...

Anak saudara mendiang Pengerusi DAP Karpal Singh, Dalbinder Singh Gill menjadi individu terbaru...

Polis Keluar Notis Tangkap...

KECEWA kerana tiada salji seperti yang diramalkan oleh pembaca berita BBC, Barra Best,...

Dr Mahathir Tegaskan Kepentingan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar mesej yang...

“Ada Silap Teknikal, Doktor Gagap Itu Biasa” – Faezah

SERING kali kita dengar feedback kurang enak daripada penonton jika ada babak lakonan mengenai isu perubatan terutama istilah digunakan doktor atau jururawat.

Baru-baru ini, selaku isteri kepada pengarah drama rantaian Titian Cinta, Faezah Elai telah menjelaskan isu lakonan seorang doktor dalam drama arahan suaminya, Heykal Hanafiah.

Kesilapan teknikal itu berlaku apabila pihak produksi terlepas pandang dialog yang salah, lantas mengakibatkan netizen kemudian menghentam pihak produksi yang kononnya mereka tidak membuat kajian.

Ia konon banyak melibatkan terms pertuturan perkataan perubatan yang sepatutnya. Walhal pelakon yang menjadi doktor tersebut merupakan pegawai perubatan sebenar.

Bukannya pelakon extra yang langsung tidak ada ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan.

Kata Faezah, mereka menggunakan khidmat doktor yang bertauliah demi memastikan dialog yang dikeluarkan itu betul. Namun, pegawai perubatan tersebut sendiri mengalami masalah untuk berlakon.

Ini kerana doktor itu sebetulnya tidak mempunyai pengalaman sehinggakan suaminya terpaksa membuat rakaman ulangan beberapa kali bagi mendapatkan shoot yang sepatutnya.

“Selalunya saya tidak pernah ambil peduli netizen hentam orang, nama pun netizen. Di sini saya siarkan (video sebenar) babak sepatutnya keluar. Disebabkan kesilapan suntingan, babak yang silap pula diambil.

“Babak ini banyak kali take (diulang buat) sebab yang perempuan bertudung itu adalah doktor sebenar bukan pelakon extra (tambahan) ia disebabkan pengarah mahu mendapatkan fakta yang betul.

“Saya tidak salahkan dia (doktor) sebab mestilah gagap tiba-tiba kena pula berlakon dengan Zul Ariffin,” tulis Faezah menerusi akaun Facebook miliknya.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Kamarul Ariffin Nor Sadan telah memuat naik satu posting apabila dia telah menegur dialog yang digunakan oleh pelakon doktor itu yang dikatakan tidak logik di dalam terms perubatan.

Dr. Kamarul mengatakan bahawa skrip doktor itu adalah tidak logik sama sekali.

“Aku tak pasti pembedahan apa dia buat sampai retak tulang. Dia bedah guna backhoe ke apa? Tulang pelvis adalah tulang yang sangat kukuh.

“Jarang ia patah kecuali kemalangan jalan raya teruk, dihempap batu, atau jatuh lebih tinggi 1 tingkat.


“Rahim manusia ada satu. Celah mana datang belah kiri? Ovari yang ada dua. Kanan dan kiri,” tulisnya mengenai dialog itu.

Sebenarnya scene itu menunjukkan doktor menerangkan kepada Harris, iaitu Zul Ariffin mengenai keadaan isterinya, Aisy lakonan Farah Nabilah dikatakan tidak dapat mengandung apabila mengalami beberapa kali kecederaan.

Bagi Faezah, kenyataan yang diberikannya itu adalah bertujuan untuk menerangkan situasi yang sebenar akibat posting doktor tersebut yang telah tular di Facebook.

“Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan. Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung.

“Kalau Hollywood bagi cerita tidak masuk akal, kena tembak di dada tapi boleh jalan lima kilometer tiada pula mana-mana doktor yang hentam,” tambahnya lagi.

Walaupun Faezah sendiri tidak terlibat dalam pembikinan drama tersebut, tujuannya adalah kerana pengarah drama Titian Cinta merupakan suaminya sendiri.

Krew produksi Zamriez Golden Pictures Sdn.Bhd. sendiri telah menjelaskan persoalan yang bermain di minda Dr. Kamarul..

“Semasa pasca produksi, penyunting video telah melakukan beberapa suntingan. Ketika pengarah previu suntingan, babak dipertonton adalah versi yang elok.

“Tetapi semasa proses untuk final rendering, babak ‘salah’ telah dimasukkan tanpa sengaja,” jelas Dr. Kamarul mengenai situasi sebenar yang telah diterangkan oleh krew produksi drama tersebut.

Diharapkan selepas ini tiada lagi kata-kata yang kurang enak mengenai drama ini.

Bukan apa, takkan disebabkan kesalahan sikit pun nak kena kecam. Banyak lagi drama yang kononnya menceritakan mengenai dunia perubatan, tapi tidak menggunakan terms perubatan yang betul.

Netizen pun janganlah asyik nak cari salah pihak produksi sahaja. Kita tak tahu apa yang terjadi ketika shooting dijalankan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori