Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gempa: Pelajar Malaysia Di...

JAKARTA - Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan selamat kerana kedudukan mereka jauh...

Obama Hubungi Thein Sein,...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membincang lawatannya ke Myanmar dengan...

Isu Taman Manggis Hangatkan...

GEORGETOWN - Isu tanah Taman Manggis yang disentuh pada sesi soal jawab persidangan...

Juara AF Megastar, Penantian...

BAGAI sudah dijangka Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob berjaya merangkul...

Adik Hilang Sekelip Mata Ditimbus Tanah – Abang

GEORGE TOWN – Hati mana yang tidak luluh apabila adik yang baru sahaja ketawa bersama tiba-tiba hilang dari pandangan ditimbus tanah yang runtuh.

“Bila nampak semua dah hilang dalam tanah, saya tak boleh fikir apa-apa lagi. Saya lari turun cuba korek tanah cari adik tapi tak dapat,” kata Mohammad Jasim Uddin Nur Ahmad, 27, rakyat Bangladesh yang bekerja di tapak pembinaan perumahan mampu milik di Tanjung Bungah di sini.

Menceritakan semula kejadian yang mengorbankan adiknya dan tiga lagi rakan senegara yang juga telah dianggap sebagai adik beradik, Mohammad Jasim Uddin berkata beliau melihat sendiri tanah dari lereng bukit itu runtuh menimpa kawasan tempat mereka bekerja.

“Saya naik seminit sahaja, tengok belakang adik sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang di sini, hari ini untuk membuat pengecaman mayat adiknya Rahman Abddur.

Rahman Abdur adalah antara 11 yang terbunuh di dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan perumahan mampu milik itu Sabtu lepas. Mayatnya ditemui pada 8.38 malam pada Ahad.

Beliau berkata ketika kejadian adiknya sedang menyusun kerangka besi di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina. Jarak antara mereka hanya kira-kira 50 meter.

Mohammad Jasim Uddin berkata nasibnya baik kerana ketika itu dia diarah mengambil barang di bahagian atas bangunan yang sedang dibina itu.


Beliau berkata adiknya yang merancang untuk berkahwin dua tahun lagi memilih untuk bekerja di Malaysia bagi menampung pembelanjaan perkahwinannya seterusnya untuk menyara ibu mereka yang berada di kampung halaman di Coox’s Bazaar, Bangladesh.

“Kami mau kerja di Malaysia sebab untung banyak, sini boleh dapat lebih RM1,000 sebulan, kami sudah berada di Malaysia sudah tiga tahun,” katanya.

“Tetapi kini impian Abdur untuk kahwin tidak kesampaian,” katanya sebak sambil menambah adiknya akan mengirimkan gajinya ke kampung setiap bulan.

Ketika kejadian pada 8.57 pagi Sabtu, kesemua 11 mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu apabila tanah lereng bukit itu runtuh dan menimbus mereka. – BERNAMA

Kategori