KEJAM…seorang wanita telah bertindak kejam dengan membunuh kakak kandungnya sendiri dan turut memotong tangan wanita berkenaan, ketika keempat-empat anaknya tidur di bilik atas.
Pembunuh berkenaan, Sabah Khan, 27, dari England, membunuh kakaknya, Saima, 34, ketika anggota keluarga yang lain menziarahi saudara mereka yang meninggal dunia.
Dia membunuh kakaknya dengan mengelar leher wanita itu dalam serangan yang dianggap sangat kejam. Selepas melakukan pembunuhan itu, dia meninggalkan Saima terbaring di rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.
Pada mulanya polis menyangka ia adalah perbuatan perompak dan selepas siasatan barulah diketahui ia adalah angkara Sabah.
Dia kini ditahan di penjara dan telah dihadapkan ke mahkamah. Sabah didapati bersalah membunuh kakaknya dan hukuman akan dijatuhkan esok. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Sementara itu keluarganya terkejut dengan pembunuhan itu apatah lagi Sabah disifatkan sebagai seorang yang pendiam tetapi mesra.
Dalam pada itu, suami Saima, Hafeez berkata, isterinya itu adalah seorang ibu yang penyayang dan sentiasa mengambil berat terhadap adiknya itu.
“Kami hanya mampu berdoa kepada Saima. Ia merupakan waktu yang sukar dan kejadian ini memberikan kesan yang besar dalam hidup kami,” katanya. – MYNEWSHUB.CC