Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kilang Kelapa Sawit...

JOHOR BAHRU - Seorang warga Bangladesh yang bekerja di kilang kelapa sawit maut...

AS Teruskan Serangan Udara...

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) akan meneruskan kempen serangan udara di Syria...

AirAsia X Terima Dua...

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan pesawat AirAsia X kini sebanyak 31, termasuk dua...

Tabung Harapan Bukti Patriotik...

KUALA LUMPUR - Lagu popular ‘Hand in Hand’ yang menekankan kepentingan semangat saling...

Afiatul Buktikan Sindrom Down Boleh Berjaya!

MASIH ingat dengan pasangan adik beradik Bengah dan Afiatul yang pernah tular diperkatakan masyarakat kita suatu ketika dahulu?

Dulunya, mereka dikenali kerana gelagat mesra Bengah melayan Afiatul, adiknya yang menghidap sindrom down sehingga berjaya menerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30.

Baru-baru ini pula, tular di laman sosial apabila Afiatul telah berjaya menamatkan tujuh tahun tempoh persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di Kuala lumpur.

Sabtu lalu, menyaksikan Afiatul Salsabiila Mohd Noor berjaya menerima sijil tamat persekolahan pada Majlis Graduasi ke-7 selepas belajar dalam aliran pendidikan khas di sekolah tersebut.

 

Sudah pasti kejayaan Afiatul merupakan kebanggaan keluarganya, lebih-lebih lagi abang kepada gadis itu, Hammad Zamakhashari Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama #AbangYangPenyayang dalam kalangan netizen.

“Jujurnya, saya sebagai abang dan antara yang paling rapat dengan Afiatul, rasa sebak apabila melihat dia berdiri di pentas pada majlis graduasi.

“Sebak rasa gembira sebab dia dah sampai ke tahap ni, untuk tamat persekolahan. Saya bergurau dan bermanja dengan gelarkan dia sebagai ‘kakak tingkatan tujuh’ sebab umur dia sekarang dah 19 tahun,” katanya dipetik mStar Online.

Tetapi, mesti ramai yang tertanya-tanya apakah hala tuju gadis itu selepas menamatkan zaman persekolahannya baru-baru ini.


“Ramai yang tanya selepas ini Afiatul akan bekerja ke, akan sambung belajar ke? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi apa yang lebih penting hidup perlu diteruskan.

“Ada rezeki daripada Allah yang tertulis untuk dia. Cuma kita yang tak tahu. Tapi Bengah dan keluarga akan terus bimbing dia, insyaAllah,” kata Bengah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul anak bongsu.

Namun, Bengah tidak menghalang hobi adiknya jika ingin terlibat sama dalam persembahan video atau promosi produk di laman sosial.

Walaupun kadang-kala ada keluarga yang tidak boleh menerima kenyataan mempunyai ahli keluarga yang ada sindrom down, itu tidak menghalang Bengah untuk berkongsi semangat kepada mereka untuk sentiasa menghargai insan istimewa seperti adiknya itu.

“Teruskan bersama mereka, jangan putus harapan untuk berusaha meyakinkan mereka supaya hidup seperti biasa, sebagaimana kita yang lain.

“Saya juga manusia biasa, tidak sempurna dan ada juga kekurangan tetapi saya cuba berusaha menjadi abang yang penyayang untuk Afiatul dan contoh yang terbaik buat sesiapa yang merasa terbeban atau malu dengan insan istimewa,” katanya.

Semoga pasangan adik-beradik ini mampu memberikan contoh terbaik dan menjadi inspirasi kepada sesiapa yang dikurniakan insan seistimewa Afiatul. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori