Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Pelanggan Temui Ulat...

ADUHAI...ada saja cerita kurang enak mengenai coklat berjenama Cadbury ini.Selepas reda isu DNA...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kejayaan Goh V Shem-Tan...

Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun...

KUALA TERENGGANU : Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, dijatuhi hukuman penjara dua tahun...

VIDEO: Rakaman CCTV Penyamun...

TERKEJUT besar mendengar nasib malang menimpa pelakon jelita, Raya Ilya yang baru sahaja kehilangan...

Agong Berangkat Hari Ke-2 Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang berlangsung untuk hari kedua di Istana Negara di sini.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu yang bermula semalam dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Johor diwakili Tengku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra manakala Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada mesyuarat yang bermula 10 pagi itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua-ketua menteri. – BERNAMA

Kategori