Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kilafairy Mahu Lebar Sayap...

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon tempatan, Kilafairy yang berpeluang berkolaborasi bersama penyanyi...

Badan Remaja Tertusuk Besi...

NGERI.. seorang remaja lelaki yang bakal menduduki peperiksaan PT3 minggu depan berhadapan detik cemas dalam...

Kes Altantuya, Azilah Hadri...

SALAH seorang pesalah yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati membunuh model Mongolia,...

Kos Beli Vaksin Pendatang...

IPOH - Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing...

Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dua hari itu, bermula hari ini, dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mesyuarat hari ini dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Johor diwakili Tengku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra manakala Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada mesyuarat hari pertama yang bermula 10.30 pagi itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua- ketua menteri. – BERNAMA

Kategori