Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak ‘Kebal’ Bangun Semula...

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang budak lelaki dilanggar sebuah kereta ketika dia sedang mengikat...

Kerani Rugi RM230,000 Ditipu...

LABUAN - Seorang kerani operasi luar pesisir mengalami kerugian RM230,000 selepas ditipu 'bakal...

Sabah Tewas 0-4 Kepada...

KOTA KINABALU - Rekod tanpa kalah Sabah dalam saingan Piala Malaysia lebur di...

Kanak-Kanak Bantu Helikopter Polis...

BRITAIN - Tindakan bijak sekumpulan kanak-kanak baring di atas tanah dan membentuk anak...

Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra juga berangkat ke santapan malam itu.

Majlis turut menyaksikan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri turut menyertai majlis santapan malam itu.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dipengerusikan Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BERNAMA

Kategori