Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Helah Kit Siang Sentiasa...

UMUM mengetahui DAP ialah parti yang menggunakan politik kaum, menolak Islam sebagai agama...

PAS Tidak Akan Tunduk...

PAS bertegas tidak akan tunduk kepada sebarang desakan mahupun ugutan daripada DAP berhubung kemelut...

Kalimah “Allah” Dekatkan Kg....

PHNOM PENH – "Kalimah Allah" menjadi pengikat yang mendekatkan sektor korporat dan badan...

Banjir: 3 Daerah Di...

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu sehingga malam ini mulai menunjukkan trend...

AirAsia Pindah Ke Terminal 4 Lapangan Terbang Changi

KUALA LUMPUR – AirAsia akan memindahkan operasinya di Lapangan Terbang Changi Singapura dari Terminal 1 ke Terminal 4, mulai 7 Nov ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura, Logan Velaitham berkata pemindahan ke Terminal 4, yang menggunakan kemudahan automatik sepenuhnya bagi semua penerbangan yang berlepas dan tiba di Singapura, selaras dengan visi AirAsia untuk menjadi syarikat penerbangan digital.

“Tahun ini, Singapura memberi tumpuan kepada konsep Perjalanan Cepat dan Lancar (FAST). Kami bekerjasama dengan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) untuk memberi pengalaman lapangan terbang dan daftar masuk secara automatik dan penuh inovasi,” katanya.

Menurut syarikat penerbangan itu, bermula 7 Nov, semua penerbangannya yang dijadualkan pada hari itu akan tiba dan berlepas dari Terminal 4.

Jadual perlepasan dan ketibaan tidak akan terjejas oleh perubahan berkenaan, katanya.


Di Terminal 4, AirAsia akan menyediakan 19 kiosk daftar masuk, 14 auto mesin daftar masuk bagasi automatik, dua kaunter untuk memeriksa dokuman dan dua kaunter pembayaran di Barisan 4 serta perkhidmatan daftar masuk berkumpulan di Barisan 5.

“Penumpang boleh mendaftar masuk di mana sahaja melalui laman web dan laman mudah alih, mencetak tag bagasi mereka di kiosk layan diri dan mendaftar masuk bagasi mereka di mesin automatik setibanya di lapangan terbang atau terus ke pintu masuk jika mereka mereka tidak mempunyai bagasi daftar masuk, “ katanya. – BERNAMA

Kategori