Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Forest City: Tun...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas Perdana Menteri, Tun...

Macau Scam: Pelakon, Pengacara...

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita antara beberapa artis akan...

Mo Salah Contoh Muslim...

PRESTASI mengagumkan yang ditunjukkan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah pada musim ini nyata...

Ismail Sabri Persoal Reformasi...

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan di manakah...

Ajaran ‘Sahadah Ilah’ Bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

NILAI – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan baru-baru ini bahawa ajaran ‘Sahadah Ilah’ atau ‘Sahadah Allah’ yang dibawa oleh seorang lelaki menggunakan nama Sheikh Ismail Kassim adalah bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya di Negeri Sembilan.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata oleh itu, lelaki berkenaan tidak dibenarkan lagi untuk membuat apa-apa aktiviti kumpulannya di negeri ini.

“Keputusan ini kita telah berikan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk diambil tindakan.

“Setakat ini, perkara itu dalam pemantauan jabatan tersebut bersama-sama dengan pihak polis. Saya difahamkan menerusi pemantauan itu, didapati kumpulan itu tidak ada melakukan apa-apa aktiviti di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai ajaran lelaki berkenaan yang tersebar di akaun Facebook milik lelaki itu.

Mohd Yusof berkata pada mulanya, lelaki itu didapati menyebarkan ajarannya di Port Dickson, tetapi apabila dipantau tiada apa-apa aktiviti dijalankan.

Katanya siasatan juga mendapati lelaki yang berasal dari Sabah itu telah bergerak ke Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, tetapi semua negeri ini ‘menolak’ beliau.


“Kumpulan ini dipercayai telah lama bergerak di luar negara serta berselindung di sebalik nama perniagaan atau pertubuhan,” katanya.

Katanya sebelum ini, beliau serta anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan panel penyelidik fatwa telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan lelaki berkenaan meminta dia memberikan penjelasan tentang ajaran yang dibawanya tetapi tidak mendapat kerjasama.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan ajaran yang dibawa lelaki tersebut.

“Jabatan Mufti Negeri Sembilan sudah mengadakan majlis penerangan kepada orang ramai menerusi beberapa program di seluruh negeri untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dalam ajaran berkenaan.

“Walaupun kegiatan mereka tidak lagi dijalankan secara terang-terangan dan hanya melalui laman sosial, tapi kita tetap bimbang kerana ia boleh mempengaruhi ramai individu terutama mereka yang tidak mengetahui tentang ajaran sebenar kumpulan itu, sekali gus boleh merosakkan akidah,” katanya. – BERNAMA

Kategori