Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UMNO Johor Cadang Parti...

KUALA LUMPUR - UMNO mesti melakukan satu transformasi yang radikal dalam agenda orang...

Belum Ada Keputusan Cadangan...

PAPAR: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah untuk menaikkan harga beras berikutan...

Kabinet Dijangka Ada 26...

KUALA LUMPUR - Beberapa kenderaan menteri dan hakim dilihat mula memasuki Istana Negara...

Farid Kamil Akui Akan...

PELAKON yang baru mendapat gelaran Datuk, iaitu Farid Kamil sekali lagi telah mengejutkan...

Akhbar Kwong Wah Yit Poh Pecat Pengerusi NUJ

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ Malaysia) mendakwa seorang lagi pengerusi cawangannya telah dipecat berkuatkuasa serta merta oleh sebuah syarikat akhbar berbahasa Cina.

Presidennya, Mohd. Taufek Razak berkata, wartawan yang dipecat tersebut ialah Chua Cheong Wee, 48, yang sudah hampir 25 tahun berkhidmat di Kwong Wah Yit Poh Press Berhad yang berpengkalan di Pulau Pinang.

“Beliau dipecat atas alasan tidak ikut arahan ketua dan tidak menghormatinya dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan merendah-rendahkan ketuanya di depan kakitangan lain.

“Ini merupakan pemecatan kedua pernah berlaku dalam tempoh lapan tahun membabitkan pengerusi cawangan NUJ.

“Sebelum ini, pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu, Amran Ahmad pernah dipecat pada 2009 atas alasan berbeza dan sehingga kini masih menunggu keputusan dari Mahkamah Perusahaan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Taufek mendakwa, Cheong Wee dipindahkan dari ibu pejabat Kwong Wah di Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada April lalu dan beliau terpaksa menumpang tinggal di pejabat NUJ di Brickfield kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi di Kuala Lumpur.


Selain itu, dakwanya, Cheong Wee terpaksa berulang-alik ke Pulau Pinang sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana isteri yang tidak bekerja tetap dan dua anaknya yang masih bersekolah ditinggalkan di sana.

Dakwa beliau, salah satu alasan Cheong Wee dipecat berkaitan penolakan permohonan cutinya untuk pulang bersama keluarga telah ditolak ketuanya di Kuala Lumpur menyebabkan dia membantah dengan keras.

“Bantahannya itu telah dirakam dan dijadikan bukti untuk memecatnya. Esok Cheong Wee akan memfailkan kes pemecatannya itu ke Jabatan Perhubungan Perusahaan di Pulau Pinang bagi menuntut keadilan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Pecat

Kategori