Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tukar Wajah Guna FaceApp...

KUALA LUMPUR - Penggunaan aplikasi menukar wajah, FaceApp disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan...

Zahid Cuti Sakit, Perbicaraan...

SHAH ALAM - Perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40...

Kedah Isytihar 24 Jan...

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan 24 Januari ini sebagai cuti peristiwa...

Terowong Smart Dikagumi Dunia

PUTRAJAYA - Selepas Menara Berkembar Petronas (KLCC), Malaysia mempunyai satu lagi projek ikonik...

AKSEM Kelantan Rampas Rokok Seludup RM1.1 Juta

KOTA BHARU – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan merampas 8,250 karton rokok putih yang diseludup bernilai RM1.1 juta termasuk anggaran cukai di Kampung Bahagia, Jerteh, Terengganu, semalam.

Komander Aksem Kelantan Mohd Asri Yahya berkata kesemua rokok berkenaan yang dimuat di dalam sebuah lori yang dirampas pada 7 pagi, dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata sepasukan anggota Aksem mengesan lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki di kawasan Pantai Senok, Bachok dan cuba melarikan diri menghala ke Terengganu selepas menyedari kehadiran anggotanya.

“Sebaik tiba di persimpangan Kampung Bahagia, Jerteh iaitu 50 kilometer dari Pantai Senok, pemandu lori terbabit memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di Pejabat Aksem Kota Bharu di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata pemeriksaan ke atas lori tersebut menemukan puluhan kotak mengandungi rokok seludup yang kemudian diserahkan ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mohd Asri berkata Aksem akan mengadakan operasi bersepadu dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.


Katanya tumpuan diberikan terhadap aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan pendatang tanpa izin, barang larangan, barang kawalan dan barang bercukai.

Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan tersebut. – BERNAMA

Kategori