Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muafakat Nasional Bincang Penyertaan...

PUTRAJAYA - Penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN) dijangka dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa...

RM380,000 Baiki Sekolah Akibat...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak RM380,000 peruntukan diperlukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi...

DAP Hanya Mahu Raih...

PUTRAJAYA – Tindakan DAP berdolak-dalik dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya diadakan...

Rita Rudaini Hilang Kawan,...

PELAKON jelita, Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 40, mengakui pernah...

Akta Bendung Jual Anugerah Kebesaran Berkuat Kuasa

KUALA LUMPUR – Akta Lambang dan Nama (Pindaan) 2016 dan Akta Anugerah 2016, untuk mengekang penjualan anugerah dan darjah kebesaran mula berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kedua-dua akta itu diyakini mampu mengekang aktiviti berhubung penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri.

“Pindaan Akta ini juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk memelihara institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri daripada dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Parlimen, hari ini.

Azalina berkata kerajaan telah menaikkan hukuman penalti dan dimasukkan hukuman penjara untuk mencerminkan keseriusan kesalahan dan sebagai faktor pencegahan kepada masyarakat.

Akta Anugerah 2016 antara lain memperuntukkan menjadi kesalahan kepada pelaku meminta, menerima, memberi suapan bagi anugerah tidak diiktiraf yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Akta Lambang dan Nama (Pindaan) 2016 pula menaikkan hukuman denda kepada RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali kepada pesalah berbanding denda RM1,000 sebelum akta itu dipinda.


“Diharap dengan kuat kuasanya akta ini, ia mampu menangani kes-kes penipuan yang melibatkan orang awam,” kata Azalina.

Justeru itu, katanya, bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, orang awam boleh melayari laman web protokol Persekutuan www.istiadat.gov.my untuk menyemak senarai daftar semua anugerah di peringkat Persekutuan dan negeri.

Kedua-dua rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 23 November 2016 dan di Dewan Negara pada 20 Disember tahun sama. – BERNAMA

Kategori