Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Penulis Saman Syamsul, Dakwa...

Seorang penulis novel, Elias Idris mengemukakan saman terhadap tiga pihak iaitu Yusuf Haslam,...

8 Rumah Kongsi, Kenderaan...

BUKIT MERTAJAM - Lapan rumah kongsi dan sebuah lori serta sebuah motosikal musnah...

ETS Laluan Utara-Selatan Mula...

BATU GAJAH - Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) bagi laluan utara-selatan yang terjejas ekoran...

Fathia Latif Nafi Sudah...

TAHUN ini, ramai artis wanita tanah air sudah mula bertudung. Bukan hanya itu...

Alumni UniMAP Disaran Kembali Berbakti

KANGAR – Para alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran agar kembali berbakti kepada ‘alma mater’ (tempat pengajian) mereka, antaranya dengan berwakaf untuk pembangunan universiti yang lebih mampan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP, bertitah wakaf bukan sahaja dapat membantu pembangunan universiti malah dapat memastikan proses penyebaran ilmu berterusan dengan jayanya pada masa akan datang.

Baginda bertitah, jaringan alumni yang boleh berkongsi dan bersama-sama menyumbang idea mahupun tenaga berdasarkan kebolehan dan kemampuan masing-masing, perlu diwujudkan.

“Alumni disaran menjalinkan kerjasama dengan universiti dalam apa juga bidang yang mampu memberi kebaikan bersama seperti perkongsian ilmu dan pengalaman dengan mahasiswa UniMAP.

“Para alumni perlu menanam semangat ‘alma mater’ bersama mahasiswa UniMAP terutamanya mereka yang berada di tahun akhir agar sentiasa menyayangi UniMAP,” titah baginda ketika berkenan menghadiri majlis perasmian Apresiasi Jubli Baiduri (Alumni Pertama) UniMAP di sini malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin juga berharap agar para alumni dapat mewujudkan jaringan dengan alumni yang berada di luar negara supaya dapat menggiatkan usaha penganjuran aktiviti sehingga ke peringkat lebih tinggi.


“UniMAP tidak mahu kehilangan permata yang digilap dan berharap hubungan dengan para alumni tidak terhenti sebaliknya berterusan hingga ke generasi akan datang,” titah baginda.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP. – BERNAMA

Kategori