Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

50,129 PATI Diberkas Sejak...

KUALA LUMPUR - Seramai 50,129 daripada 219,558 warga asing yang diperiksa oleh pihak...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US hari ini, berikutan...

Akibat Mabuk, Pasangan Kekasih...

ANHUI – Sepasang kekasih yang mabuk tidak menghiraukan orang yang lalu lalang di...

Hong Kong Pertimbang Buka...

HONG KONG: Pembukaan semula sepenuhnya perjalanan antarabangsa di Hong Kong akan memberi 'sedikit...

Alvin Chong Tepis Dakwaan Persenda Agama Islam

NAMA aktor berbangsa Cina, Alvin Chong semakin laris ‘mengetuk’ atmosfera hiburan Melayu dengan bakat lakonan yang dimiliki juga dilihat makin menyerlah.

Selepas membintangi drama rantaian popular, Suri Hati Mr. Pilot nama anak jati Pulau Pinang ini mula menampakkan sinar dan mencetuskan fenomena yang bukan calang-calang dalam kalangan para peminat.

Apabila bergelar artis, tidak dinafikan setiap gerak geri dan perbuatan pasti akan menjadi tumpuan utama dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini dipetik sumber, Alvin dikatakan konon telah mempersendakan agama Islam dalam lakonannya sebagai lelaki mualaf bernama Hilman menerusi drama Awak Suka Saya Tak.

Bagaimanapun, Alvin atau nama sebenarnya Alvin Chean Wah Chong menyelar dakwaan tersebut dan tampil untuk memberi pencerahan terhadap kontroversi yang melanda diri itu.

Alvin, 26, berkata memang benar drama tersebut menuntutnya untuk mengucap kalimah suci sebanyak beberapa kali namun apa yang dilakukan itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Saya perlu menyebut beberapa kalimah suci dalam drama tersebut, namun ingin saya tegaskan ia hanyalah lakonan semata-mata.

“Saya tahu apa yang saya lakukan dan yakin penonton juga bijak untuk menilai.

“Kalau ada rasa tak puas hati, tak perlu komen menghentam di laman sosial. Jumpa dan terus beritahu saya,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, meskipun teruk dikritik namun terdapat satu hal dikatakan mencuit hati figura kacak ini apabila ada peminat yang berani melamar dirinya untuk dijadikan calon suami.

Difahamkan, lamaran itu mula tercetus ekoran individu tersebut begitu teruja dengan penangan lakonannya dalam menghidupkan watak berkenaan.


Dedah aktor tampan ini, peminat tersebut meluahkan perasaan ‘cinta’ selepas menonton lakonannya dalam drama berkenaan.

Namun, Alvin tidak mengambil serius terhadap lamaran tersebut dan beranggapan ia hanya sekadar satu gurauan dan usikan manja daripada peminat.

“Kelakar apabila ada peminat menghantar mesej peribadi di laman sosial mahu menjadikan saya suami.

“Dia melamar saya berkahwin dan beritahu tertarik dengan karakter lakonan saya kerana menyangka saya benar-benar seperti dalam watak tersebut.

“Bagaimanapun, saya anggap itu hanyalah gurauan dan usikan manja mereka, tak ambil serius pun!” ujarnya sambil ketawa.

Sementara itu, drama sebanyak 16 episod yang diadaptasi daripada novel itu menyaksikan gandingan keduanya bersama aktres jelita, Emma Maembong.

Selain Emma, drama yang bersiaran di Astro Ria itu turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Sabhi Saddi dan Rebecca Nur Al Islam.

Dalam perkembangan lain, Alvin akui sedang sibuk bersiaran menerusi program ‘The House’ bergandingan bersama pelakon, Fattah Amin. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori