Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ustaz Abdul Somad Sah...

PEKAN BARU - Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai...

10 Rakyat Malaysia Sindiket...

SONGKLA - Polis Thailand menahan 15 anggota sindiket penipuan ‘Macau Scam’ termasuk 10...

Empangan Timah Tasoh Catat...

PADANG BESAR - Paras air di Empangan Timah Tasoh di sini merekodkan penurunan...

VIDEO: Mesti Tengok.. Bila...

Video yang mesti ditonton, pasti anda akan teruja dengan keputusannya.Adakah anda semua tahu...

Amar Hadiahkan Amyra Kereta, Tanda Terima Kasih

ALAHAI… Bertuahnya badan! Nampak sangat pelakon, Amar Baharin atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin begitu sayang terhadap isteri, Amyra Rosli.

Mana tidaknya, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu menghadiahkan sebuah kereta pada suri hati kesayangannya sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan Amyra melahirkan putera kecil mereka, baru-baru ini.

Perkhabaran gembira tersebut telah dikongsi oleh Amyra menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa terharu serta terima kasih atas kejutan yang diberikan oleh Amar.

“Dear daddy.. You are the sweetest person we have ever met. We are very lucky to have someone like you in our life. Alhamdulillah. Thanks for this gift & for all the special things you do 😘 We love u @amarbaharin,” kapsyen aktress tersebut menerusi posting berkenaan.

Posting yang mendapat lebih daripada 70,000 likes itu secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata antara mereka meninggalkan komen yang positif pada ruangan komen di Instagram Amyra.


Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di di Pusat Perubatan Prince Court, di ibu negara Ahad lalu.

Baca: Tahniah! Amyra Rosli Selamat Lahirkan Baby Boy

Sehingga kini, pasangan selebriti sama cantik sama padan ini dikatakan masih belum lagi mendedahkan nama putera comel itu kepada peminat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori