Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tingkatkan ‘Pemasaran’ Kejayaan UMNO

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO digesa meningkatkan strategi ‘pemasaran’ bagi mempromosikan sumbangan dan...

Video: Iklan Dari Watsons...

SUDAHKAH anda menyaksikan iklan kempen terbaru yang dibawakan oleh Watsons Malaysia?Kalau belum, silalah...

Duda Maut Terjatuh Dari...

Melaka : Seorang duda berusia 45 tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di...

Tokoh Tahfiz Cerita Pengalaman...

KOTA BHARU - Hanya kerana melengahkan suruhan ibu, ayat-ayat Al-Quran yang dibaca gagal...

Anak Autisme Perlukan Sokongan Masyarakat Luar

IPOH – Ibu bapa kepada anak istimewa autisme amat berharap masyarakat akan memberi sokongan khususnya menawarkan pekerjaan untuk golongan itu agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain.

Bagi Noorrita Osman, 53, berkata sebagai seorang ibu, beliau sentiasa memikirkan untung nasib anaknya, Siti Nur Ezzati Noorhisham yang kini berusia 23 tahun, agar mampu meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya kerana anak autisme ini perlu diberikan perhatian yang lebih selain memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjaga mereka.

“Ada dalam kalangan masyarakat akan memandang pelik anak autisme ini, sebab kadangkala mereka akan menjerit jika tidak dapat apa yang mereka mahukan. Jika masyarakat lebih terbuka dan dapat menerima sifat mereka ini, saya pasti anak autisme ini juga mampu berdikari seperti orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada program Grafiti Negaraku Media Massa Bersama Kanak-kanak Autisme di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Cawangan Ipoh di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada pihak NASOM Cawangan Ipoh kerana sepanjang 19 tahun pembelajaran anaknya di persatuan itu, banyak potensi telah ditonjolkan Siti Nur Ezzati antaranya melukis dan memasak.

“Saya berharap pada masa depan, dengan apa yang dia pelajari dapat digunakannya. Saya juga berharap, masyarakat di luar sana dapat menerima anak saya untuk bekerja di mana-mana dengan kemahiran yang dia ada,” katanya.

Rafeah Jamaluddin, 50, juga mengakui, memikirkan masa depan anak lelakinya, Mohammad Faris Ahmad Hafis, 17, sering membuatkan beliau gusar serta sering berdoa agar anaknya itu boleh menjaga diri sendiri dan tidak terpinggir.

Sementara itu, Presiden NASOM Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahrudin berkata masyarakat akan terus menyokong NASOM yang kini mempunyai 600 pelajar di 23 pusat yang dibuka di seluruh negara kecuali Sabah.


Katanya, penerimaan masyarakat terhadap anak istimewa autisme sudah semakin baik berbanding 20 tahun dahulu.

“Kalau dulu masyarakat tidak faham apa itu autisme, apabila banyak pihak termasuk kerajaan dan swasta menerangkan apa itu autisme mereka semakin faham dan sudah ada kesedaran, kalau tidak mereka ingat ia masalah mental atau mistik,” katanya.

Program yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman itu diadakan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kanak-kanak autisme menerusi kreativiti lukisan selain memperluas tanggungjawab sosial korporat.

Selain kanak-kanak autisme, program itu turut menyaksikan penglibatan 100 peserta termasuk pengamal media dan kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia membuat grafiti berkonsepkan Negaraku di dinding NASOM Cawangan Ipoh. – BERNAMA

Kategori