Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wan Ji Dibenarkan Tangguh...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman...

Bekas Ketua Cawangan JPJ...

KUANTAN - Seorang bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Muadzam mengaku...

Fasha Sandha ‘Payung’ Aset,...

AKTRES, Fasha Sandha menjadi sasaran kritikan dan kecaman netizen gara-gara berpakaian yang mencolok...

Warga Malaysia Parah Terjatuh...

HATYAI - Seorang lelaki warga Malaysia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat dua...

Anggota SRS Bantu Polis Bendung Kegiatan Jenayah

KANGAR – Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) berjaya membantu pihak berkuasa membendung kejadian jenayah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri Rela Ahmad.

Katanya ini berikutan kes di kawasan yang kerap berlaku jenayah dilaporkan menurun setiap tahun.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha penduduk untuk menubuhkan SRS sebagai satu cara untuk menjaga keselamatan di kawasan mereka,” katanya semasa berucap merasmikan penubuhan SRS Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kubang Badak, Abi, di sini malam tadi.

Rela berkata kewujudan SRS akan sentiasa relevan jika peranan mereka terus memberi impak positif terhadap keselamatan setempat terutama membendung gejala penagihan dadah yang merupakan antara punca utama perlakuan jenayah.

Beliau berharap lebih banyak kawasan perumahan atau perkampungan yang mempunyai KRT menubuhkan SRS sebagai sokongan kepada usaha kerajaan mewujudkan suasana persekitaran yang selamat. – BERNAMA

Kategori