Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes SRC: Najib Didapati...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh...

Buta Sekejap Apabila Gam...

NAYA apabila gam disangkakan ubat titik mata.Itulah yang terjadi kepada seorang wanita dari...

Tiada Larangan Terima Organ,...

KUALA LUMPUR - Tidak ada larangan untuk memindahkan organ seseorang yang bukan beragama...

PBT Perlu Lantik Penganjur...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur...

Anifah Ketuai Deligasi Ke Majlis Menteri-Menteri D8

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-17 Majlis Menteri-menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) di Istanbul, Turki pada 19 Okt.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian.

Kenyataan itu berkata mesyuarat menteri itu akan didahului oleh Sesi ke-39 Suruhanjaya D-8 pada 17 dan 18 Okt diikuti dengan Sidang Kemuncak D-8 ke-9.

“Mesyuarat menteri akan membincangkan dan mengkaji kemajuan dan pencapaian perkongsian selama dua dekad dalam enam bidang utama iaitu perdagangan, kerjasama industri serta perusahaan kecil dan sederhana, pertanian dan keselamatan makanan, pengangkutan, tenaga dan mineral serta pelancongan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Majlis Menteri-menteri juga akan mempertimbang dan memuktamadkan dua dokumen iaitu Deklarasi Istanbul dan Pelan Tindakan D-8 Istanbul untuk diterima pakai pada Sidang Kemuncak D-8.


Anifah dijadualkan menyampaikan satu kenyataan pada mesyuarat menteri pada 19 Okt dan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Ditubuhkan pada 15 Jun 1997, D-8 adalah pertubuhan untuk kerjasama pembangunan yang terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia. – BERNAMA

Kategori