Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penumpang Buka Pintu Kecemasan...

SAO PAULO - Penumpang yang terperangkap dalam sebuah kapal terbang ketika mengalami gangguan...

1MDB Tegas Tak Sorok...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menegaskan bahawa ia tidak...

869 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 869 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah...

Fazura Tampil Buka Mulut...

PELAKON, Nur Fazura sekali lagi jadi bualan hangat netizen selepas sekeping foto memaparkan...

Anita Sarawak, Suami Jual Kediaman Di Las Vegas?

SUDAH lama kita tidak mendengar kisah diva pop Malaysia, Anita Sarawak yang pernah terkenal menerusi beberapa lagu hits seperti ‘Akhirnya, Kini Pasti’, ‘Seksis’, dan banyak lagi.

Sedar atau tidak, kehilangan Anita sudah agak makan tahun semenjak penyanyi ini ambil keputusan untuk menyepi daripada dunia seni tempatan pada 2013 sebelum dikhabarkan membawa diri ke Las Vegas, Amerika Syarikat.

Ekoran itu, semakin banyak spekulasi tentang kehilangan Anita mula menjadi viral menerusi laman sosial.

Ada yang membuat andaian penyanyi berusia 65 tahun ini merajuk dengan pihak industri hiburan. Ada pula suara yang berkata, keputusan tersebut dibuat setelah perkahwinannya berakhir.

Baca: Gosip Anita Bercerai Palsu, Kini Bahagia Jadi Suri Rumah

Namun, misteri kehilangan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib sedikit terungkai apabila baru-baru ini satu dokumen urusan jual beli rumah yang didakwa milik penyanyi itu tersebar di internet.

Perkara tersebut secara tidak langsung dilihat seolah-olah memberi sedikit ‘hint’ kepada orang ramai tentang perkembangan terbaru anak kelahiran Kota Singapura ini.

Memetik sumber Lelaki Teragung, Anita dan suami, Mohamad Mahathir Abdullah dikatakan telah jual kediaman mereka di Las Vegas dengan harga USD350 000 (RM1,475,600.00) kepada pasangan, Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen sekitar 31 Julai lalu.

Susulan perkara itu, berita sama ada Anita dan suami membeli rumah baharu atau sudah tidak menetap di negara Uncle Sam tersebut masih belum dapat dipastikan.

Berdasarkan maklumat yang didapati daripada akaun LinkedIn milik Mahathir, beliau masih lagi bekerja di sekitar Las Vegas.

Tetapi, ada netizen tidak menolak kemungkinan profile berkenaan tidak dikemas kini oleh lelaki berkenaan atas sebab tertentu.

Dalam pada itu, berdasarkan satu penemuan terbaharu, sumber mengatakan Anita dan suami baru sahaja membeli sebuah rumah dengan harga USD 326,509 (RM1,376,398.69) pada 4 Oktober lalu.


Kediaman baru pasangan ini dikatakan terletak di 8652 Jenely Bay Street, Las Vegas, NV 89178 iaitu kira-kira 22 minit dari Las Vegas Strip dan rumah tersebut dipercayai masih lagi dalam proses pembinaan.

Memetik laporan beberapa portal, sebelum ini Anita dilaporkan sudah lama mendiamkan diri dan memutuskan hubungan dengan keluarganya di tanah air.

Malah ucapan selamat hari lahir yang dihantar oleh adiknya, Noorkumalasari sendiri menerusi aplikasi WhatsApp pun tidak dibalas oleh Anita.

Juga: Noorkumalasari Bingung, Ke Mana Anita Sarawak Menghilang?

Lagi: Tak Hilang! Noorkumalasari Lega, Anita Sarawak Hubungi Keluarga

Anita Sarawak merupakan anak kepada pasangan biduanita filem Melayu klasik, allahyarham Siput Sarawak dan S Roomai Noor.

Penyanyi ini cukup terkenal sebelum ini dengan begitu aktif membuat persembahan di Las Vegas dan beberapa bandar di AS sekitar tahun 1985 hingga 2001. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori