Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Simpan Gambar Bogel Isteri...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dibelasah kerana didakwa memiliki serta menyimpan gambar...

Wanita Warga Emas Ditahan...

KUALA LANGAT: Seorang wanita warga emas ditahan kerana dipercayai mendera budak perempuan 10...

Warga Tua Cabul, Lancap...

TOKYO – Seorang penumpang wanita syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Jetstar mengalami pengalaman...

Jangan Lupa Bayar Zakat...

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) menyeru umat Islam yang belum menunaikan...

Mungkin Inilah Tulisan Tangan Tercantik Di Dunia

NEPAL – Sekali imbas, pasti ramai yang menyangka surat Bahasa Inggeris yang ditulis oleh pelajar di sebuah sekolah di India ini ditaip menggunakan komputer.

Namun, karangan itu sebenarnya hasil tulisan tangan seorang pelajar berusia lapan tahun.

Lapor media antarabangsa, Praktiri Malla, 8, mempunyai tulisan tangan yang sangat unik sehinggakan gambar karangannya itu mencetuskan fenomena tersendiri di Internet.

Malla yang baru-baru ini menyertai pertandingan menulis esei atau karangan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh kerajaan India, menduduki tempat pertama menewaskan beberapa pelajar daripada sekolah-sekolah lain.

“Saya belum pernah melihat tulisan yang agak unik seperti ini. Gaya penulisannya amat mengkagumkan meskipun dia baru barusia 8 tahun,” kata seorang juri memetik laporan Medianp.tv.


Malah, tulisan Malla menurut beberapa pakar menyifatkan ianya antara tulisan tangan tercantik di dunia.

Difahamkan, pelajar dari Sekolah Sainik Awasiya, Bhaktapuri itu akan menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk melatih setiap huruf dengan cara yang sama. – MYNEWSHUB.CC

Kategori