Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jejai Sangkal Dakwaan Ganggu...

SEBELUM ini, Fasha Sandha telah membuar satu laporan polis kerana mendakwa dia diganggu...

Tahanan Dijumpai Tergantung Di...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan yang ditahan atas tuduhan membunuh dua...

Zakar Mumia Firaun Tutankhamun...

KAHERAH — Mumia pemerintah terkenal Mesir purba, firaun Tutankhamun terus mencetuskan misteri apabila seorang...

Kaunter Urusniaga JPJ Ditutup...

SEMUA kaunter urusniaga dan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan ditutup selama lima...

Api Misteri Kembali Hantui Keluarga Kg. Penambang

KOTA BHARU – Penduduk di Kampung Penambang di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, gempar apabila ‘api misteri’ yang dikatakan ‘mengekori’ satu keluarga tujuh tahun lepas kembali menghantui keluarga berkenaan.

Pada 19 September lepas, rumah keluarga berkenaan dan jiran mereka hangus terbakar dalam kejadian yang didakwa mereka berpunca daripada api misteri itu.

Mangsa, Zainab Sulaiman, 80, menantunya Ropeah Zakaria, 50, dan cucu-cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah ke beberapa tempat bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang.

Bagaimanapun, keluarga itu yang menumpang di rumah seorang saudara juga di kampung berkenaan sekali lagi diserang api misteri itu menyebabkan beberapa helai pakaian, kain sejadah dan tuala yang diletakkan di dalam dua bilik terbakar Jumaat lepas.

Bercakap kepada pemberita hari ini, pemilik rumah itu Faridah Sulaiman, 75, mendakwa semasa kejadian, api berkenaan dikatakan muncul sebanyak lima kali antara pukul 9.30 pagi dan 10.30 pagi menyebabkan beberapa pakaian terbakar.

Faridah yang juga adik kepada Zainab berkata pada waktu itu, beliau tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin saudara dan meninggalkan kakak dan keluarganya di rumah itu.

Katanya, rumahnya pernah terbakar tujuh tahun lepas ketika Zainab dan cucu-cucunya tinggal di situ kerana menjaga rumahnya yang ditinggalkan bagi menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, Zainab berkata mereka sekeluarga buntu dengan kehadiran api misteri itu dan sudah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan keadaan termasuk memanggil lebih 20 ustaz.


Penghulu Mukim Penambang Zainuddin Zakaria, 50, berkata bagi meringankan beban keluarga berkenaan, penduduk kampung berusaha membantu dengan merancang membina sebuah rumah kecil berhampiran rumah Faridah.

Dalam pada itu, ketika ditanya kes kebakaran yang memusnahkan dua rumah berkenaan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Penolong Pesuruhjaya Bomba Nazili Mahmood berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mengulas kejadian sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata kejadian di Kampung Penambang itu tidak semestinya berpunca daripada makhluk halus dan mungkin ada perkara yang tersirat.

Beliau meminta keluarga terbabit berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk siasatan lanjut kerana pihak itu mempunyai pasukan siasatan mereka sendiri dalam menguruskan perkara seperti itu. – BERNAMA

*Video di bawah melibatkan kejadian di tempat lain…

Kategori