Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Belum Ada Laporan Renjer...

PETALING JAYA - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar belum menerima sebarang laporan...

10 ADUN Johor Angkat...

JOHOR BAHRU - Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor mengangkat...

The Six-Minute Book Conclusion...

The great information is the reality that writing an impressive essay is not...

[TIDAK RASMI] Hadi Mendahului...

MARANG : Calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului empat...

APM, Bomba & JKM N.Sembilan Siap Sedia Hadapi Banjir

SEREMBAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan kini bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang berlaku di negeri ini, termasuk banjir kilat.

Keadaan hujan sederhana dan kadang-kala lebat sejak seminggu lalu khususnya di sebelah petang di beberapa daerah di negeri ini menyebabkan ketiga-tiga agensi itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan operasi menyelamat berada di tahap terbaik.

Timbalan Pengarah APM negeri Mejar Mohd Rohaidi Halim berkata bagi menghadapi banjir kali ini pihaknya mempersiapkan 300 anggota berserta lapan buah bot sebagai langkah awal bagi membantu orang ramai yang terlibat dengan bencana itu. jika ia berlaku.

“Apabila banjir berlaku di satu-satu tempat, anggota APM akan dikerahkan secara berperingkat bagi menjalankan operasi menyelamat dan proses pemindahan, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Untuk itu katanya, sebuah bot dan ambulans juga akan ditempatkan di lapan pejabat APM di seluruh negeri ini untuk digerakkan sepantas yang mungkin untuk memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku banjir.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dan bersiap siaga dengan arahan dan amaran yang dikeluarkan jika berlaku banjir.

“Tolong ikut arahan yang diberi bagi menggelakkan sebarang risiko termasuk kemalangan jiwa,” katanya.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar pula berkata jabatan itu dalam langkah persediaan awalnya telah menyediakan 27 bot untuk digerakkan apabila berlakunya banjir.

Beliau berkata bagi operasi banjir, 682 anggota akan dikerahkan untuk membantu orang ramai yang terlibat dengan bencana itu.


“Pada masa ini kita menumpukan aset bantuan ke kawasan Gemas, Tampin dahulu memandangkan kawasan berkenaan dijangka paling awal dinaiki air berbanding kawasan-kawasan lain,” katanya.

Pada tahun lepas, sebanyak tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Tampin dan masing-masing satu di daerah Rembau dan Port Dickson, manakala awal bulan lepas, 82 orang daripada 29 keluarga terjejas akibat banjir kilat di empat kawasan di Lenggeng.

Dalam pada itu, Ahmad Mukhlis kesal kerana masih terdapat segelintir mangsa banjir yang enggan berpindah walaupun rumah mereka sudah ditenggelami air, sekali gus menyukarkan operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan.

Sementara itu, Pengarah JKM negeri Mohamad Hapil berkata seperti agensi lain, pihaknya telah mempersiapkan keperluan untuk pusat pemindahan banjir seperti makanan, ubatan dan khemah untuk kegunaan ketika banjir.

“Kami juga telah melakukan pemeriksaan terhadap 181 pusat pemindahan tersebut dari segi aspek keselamatan dan kesesuaian untuk dijadikan tempat perlindungan untuk mangsa banjir.

Kita juga telah mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kariah dan komuniti setempat bagi menyelaraskan pusat pemindahan di seluruh negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori