Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar...

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala...

Kahwin April Ini, Bakal...

AKTRES Dynas Mokhtar menjalani kursus perkahwinan buat kali kedua meskipun pernah menghadirinya sewaktu...

Pemberian Vaksin COVID-19 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Banyak negara semakin memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak...

Tiga Lembu Ditangkap Berkeliaran...

GUA MUSANG – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menangkap tiga ekor lembu yang...

APM Dilengkapi Aset Bot Jenis Amfibia Tempoh Terdekat

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bakal dilengkapi aset bot penyelamat jenis amfibia dalam tempoh terdekat bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasi menyelamat agensi itu ketika berlaku bencana.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Pertahanan Awam Malaysia Roslan Wahab berkata perolehan lima unit aset berkenaan kini dalam proses namun dijangka diperoleh tahun depan.

“Kita ada cadangan nak beli bot amfibia.Kenderaan (aset ini) lagi canggih. Kalau berada di jalan raya, ia boleh mencapai kelajuan sehingga 60 kilometer sejam dan boleh masuk ke dalam air,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat, Penganugerahan Pingat dan Sijil Pertahanan Awam di sini hari ini.

Dalam majlis yang diadakan sempena Ulang Tahun Ke-65 APM dan turut dihadiri Pemangku Pengarah APM Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud, lima pegawai dan anggota dipakaikan pangkat, 24 pegawai dan anggota dianugerahkan pingat dan seorang penerima sijil.

Menurut Roslan apabila aset amfibia berkenaan diperoleh kelak, Sabah dan Sarawak berkemungkinan turut dibekalkan dengan aset itu berdasarkan keperluan kedua-dua negeri berkenaan terhadap aset seperti itu ketika operasi bencana.

Roslan berkata walaupun APM Sabah kini sudah memiliki tiga aset bot amfibianamun ia tidak secanggih dengan aset lima unit bot amfibia yang dalam proses perolehan itu.


Mengenai kekuatan APM di Sabah, Roslan berkata pada masa ini terdapat kira-kira 130,000 anggota APM di seluruh Sabah.

Terdahulu dalam ucapannya, Roslan meminta anggota dan pegawai bersekutu APM di seluruh daerah di Sabah agar turut memberi sokongan serta membantu anggota APM di daerah masing-masing ketika operasi bencana memandangkan bilangan anggota APM di setiap daerah masih terhad. – BERNAMA

Kategori