Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jokowi Dakwa Ada Ahli...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mendakwa ada ahli-ahli politik tertentu mengambil kesempatan...

560 Bungkus Air Ketum...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Meskipun sebelum ini pernah dicekup kerana terlibat...

Silap Tempat Promosi Seluar...

Kuala Lumpur - Tindakan seorang peniaga mempromosikan seluar dalam jenama terkenal kepada penguat...

Hartawan Media Bangladesh Dihukum...

DHAKA - Seorang hartawan media yang juga tokoh utama sebuah parti politik Bangladesh...

APMM P.Pinang Tahan Kapal Tangki Bersauh Tanpa Izin

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki ‘MT Mekar’ kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pinang iaitu kira-kira 5.4 batu nautika timur laut Muka Head, dekat sini semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang Rozali Mohd Said berkata sebuah kapal peronda APMM yang sedang melakukan rutin pemeriksaan bot dan kapal di sekitar perairan Pulau Pinang telah mengesan sebuah kapal tangki sedang bersauh kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

“Pemeriksaan mendapati kapal tangki yang membawa sembilan kru warga Indonesia itu bersauh di kawasan perairan Pulau Pinang tanpa mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Katanya kapal tangki itu disiasat menurut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.


Beliau berkata APMM Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan pemantauan dan rondaan di perairan negeri itu bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

Katanya jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada APMM Pulau Pinang di talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Pulau Pinang 04-2626146. -BERNAMA

Kategori