Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Umum Kadar Tarif...

KOTA KINABALU - Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung...

Jangan Hukum Penguat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Ketua jabatan diminta membuat pertimbangan sewajarnya sebelum meletakkan kesalahan di...

Anita Sarawak Bersara Jadi...

BERITA kehilangan diva popular Malaysia, Anita Sarawak mengejutkan peminat hiburan tempatan apabila dilaporkan...

Rabies: 17,844 Ekor Haiwan...

KUCHING - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menyuntik vaksin kepada 17,844 ekor haiwan kesayangan dalam...

APMM Tahan 3 Kapal Pasir Bersauh Tanpa Kebenaran

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4 Klang menahan tiga buah kapal pasir di perairan Selangor kerana didapati bersauh tanpa kebenaran kira-kira 0.4 batu nautika dari daratan Selat Lumut, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Daerah Klang, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata penahanan kapal tempatan itu dibuat sekitar pukul 2.15 petang susulan aduan Jabatan Laut Wilayah Tengah yang mengesyaki ketiga-tiga kapal terbabit melakukan kesalahan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati ketiga-tiga kapal pasir itu membawa 19 kru iaitu 17 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang kru lelaki warga Indonesia. Kesemua mereka yang berumur lingkungan 29 hingga 58 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Ketiga-tiga kapal itu ditahan kerana didapati bersauh di kawasan perairan Selangor tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua kapal pasir itu disiasat mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.


Tegas Abu Zaki, APMM Daerah Maritim Klang akan terus mempertingkatkan pemantauan dan operasi di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan jenayah maritim bagi membanteras sepenuhnya kegiatan itu.

Orang ramai disaran supaya memberi kerjasama kepada usaha agensi itu dengan menyalurkan maklumat lengkap mengenai sebarang aktiviti jenayah di laut di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia. – BERNAMA

Kategori