Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Potongan Cukai Khas Kurang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis perusahaan...

Suami Pemilik Kedai Runcit...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warganegara Pakistan cedera akibat ditetak lelaki dalam kejadian...

Tiada Paksaan Sekolah Laksana...

KUALA LUMPU - Pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di sekolah ketika ini bukan paksaan...

Polis Sah Ada RM114...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 35 daripada 72 beg yang...

AR Badul Nafi Berkahwin Satu Lagi

SEMALAM heboh mengenai isu pelakon veteran AR Badul yang khabarnya sudah berkahwin satu lagi di laman-laman sosial serta aplikasi WhatsApp.

Baca: Betul Ke AR Badul Sudah Kahwin Lagi Satu?

Ini berikutan tersebarnya fotonya bersama seorang wanita muda dan masing-masing sedang mengenakan pakaian serba putih serta bertanjak seperti dalam majlis perkahwinan.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie hari ini menjelaskan tentang isu tersebut.

Pelakon 67 tahun itu mengakui dalam gambar tersebut merupakan dirinya tetapi bukanlah dia yang berkahwin satu lagi.

Jelasnya, gambar tersebut diambil sewaktu menjalani pengambaran bagi sebuah drama yang bertajuk Tuyul Ke London baru-baru ini.

“Mana ada kahwin, itu gambar ketika penggambaran drama Tuyul Ke London saja. Saya pun terkejut bila ada rakan-rakan artis yang sebarkan dan ucap tahniah.

“Wanita itu pelakon baru dan membawa watak sebagai isteri saya dalam drama tersebut,” katanya dipetik mStar Online.


Khabarnya foto tersebut tersebar menerusi aplikasi WhatsApp Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan pelakon Ezany Nazariff yang juga mendapat gambar tersebut dari group WhatsApp berkenaan telah memuat naik di laman Facebook miliknya.

Jelas sekali anak kepada seniman allahyarham AR Tompel ini terkejut apabila diajukan tentang ‘perkahwinan’ baharunya itu.

“Saya tidak dapat menjelaskan perkara itu kepada pihak wartawan yang hubungi saya semalam kerana ada isteri di sebelah.

“Saya rasa perlu jelaskan kepada isteri saya terlebih dahulu sebelum dia dengar saya bercakap dengan wartawan tentang perkara itu. Saya tidak mahu timbul salah faham pula,” ujarnya.

Mungkin tindakan Badul itu ada betulnya. Lebih baik menjelaskan kepada ahli keluarga serta orang terdekat sebelum timbul pula isu-isu yang kurang enak didengar sekaligus mengerohkan keadaan.

Menurut Badul, drama tersebut bakal muncul di kaca televisyen pada Disember depan menerusi saluran Astro Warna. – MYNEWSHUB.CC

Kategori