Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PDRM Sedia Bantu Pasukan...

TAWAU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu pasukan keselamatan Indonesia untuk tindakan...

Harga Runcit Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol dan diesel bagi Jun naik 10 sen...

Polis Perak Tembak Mati...

IPOH - Polis Perak menembak mati seorang lelaki yang juga penjenayah paling dikehendaki...

Bekas Peserta Mentor Menang...

BEKAS peserta rancangan realiti nyanyian Mentor, Dewi Liana Seriestha, 25, telah dinobatkan sebagai...

Atlet Terjun Wendy Ng Gagal Ujian Doping Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai atlet terjun yang gagal ujian doping ketika Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) terjawab apabila Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mendedahkan atlet tersebut adalah Wendy Ng Yan Yee.

Setiausaha ASUM, Mae Chan mengesahkan bahawa keputusan sampel B pemenang pingat emas KL2017 itu diketahui pagi ini dan tindakan lanjut akan dimaklumkan selepas mendapat makluman daripada exco badan induk itu.

“Malang apabila kita perlu beritahu dia adalah penerjun yang sebenarnya gagal sampel A. Kita akan adakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai keputusan ini.

“Keputusan B datang pagi ini dan saya perlu berbincang dengan exco dan kita akan adakan sidang akhbar unuk memaklumkan apa keputusannya.

“Saya boleh lagi bercakap dengannya (Wendy). Kita tidak tahu (penggantungan) kerana surat (hasil keputusan sampel) turut disertakan kepada FINA (Persekutuan Renang Antarabangsa),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini.

Mae berkata beliau akan memaklumkan perkara berkenaan kepada Presiden ASUM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat terterlebih dahulu sebelum mengulas lanjut mengenai keputusan kes itu.

Media sebelum ini melaporkan atlet terjun wanita negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.


ASUM turut mengesahkan atlet itu mengambil bahan terlarang jenis sibutramine yang kebiasaannya terdapat dalam produk pelangsing badan.

Wendy meraih dua pingat emas acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita dan 3 meter papan anjal seirama berganding dengan Nur Dhabitah Sabri pada KL2017.

Sementara itu Mae berkata Wendy tidak akan mengambil bahagian pada Kejohanan Terjun Grand Prix FINA 2017 di Kuala Lumpur yang bermula hari ini sehingga Ahad. – BERNAMA

Kategori