Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kematian Model Belanda Patut...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa kematian model...

Letusan Gunung Merapi: AirAsia...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd membatalkan beberapa penerbangan ke dan dari Yogyakarta disebabkan...

Hakim Tangguh Perbicaraan Dokumen...

WASHINGTON - Perbicaraan hari pertama kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

V Shem-Wee Kiong Mara...

SINGAPURA - Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong...

ATM Kaji SOP Siasatan, Penahanan – Panglima ATM

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) berhubung proses siasatan dan penahanan setiap anggota untuk tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikaji semula, kata Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Katanya langkah itu perlu dilakukan bagi mengelak insiden kematian semasa dalam tahanan seperti mana kes dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut Jumaat lepas tidak berulang.

Beliau berkata ATM telah mempunyai SOP mengenai hal itu seperti keperluan melakukan pemeriksaan kesihatan serta menjalani proses perbicaraan sebelum seseorang ditahan dan menjalani hukuman dalam pusat tahanan yang terdapat di semua kem tentera bagi dalam tempoh sehari sehingga 90 hari.

“Tetapi masalahnya ada yang tidak mengikut SOP, namun dalam kes yang berlaku di Perak itu kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci bagi melihat sama ada aspek itu diabaikan,” katanya mengulas insiden kematian dua anggota TLDM ketika menjalani latihan fizikal di bilik tahanan Pusat Komunikasi TLDM Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada petang Jumaat lepas.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2017 di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini, Raja Mohamed Affandi berkata semua SOP itu perlu diselaraskan dan ditambah baik pada bahagian tertentu.

“Saya harap dengan cara ini kes kematian dalam tahanan itu akan menjadi kes terakhir direkodkan perkara itu tidak boleh diterima dalam setiap hierarki perkhidmatan ATM,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi menafikan insiden itu berpunca daripada budaya ketenteraan yang diamalkan oleh ATM termasuk kaedah regimentasi atau pelaksanaan disiplin yang terlalu ketat.

Beliau berkata kejadian itu merupakan kes terpencil kerana berdasarkan rekod, kes kematian anggota dalam tahanan terakhir dilaporkan berlaku pada lima atau 10 tahun lepas di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.


Dalam kes baru-baru ini, dua anggota TLDM , Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd. Sukri, 26, disahkan meninggal dunia selepas mengadu kepenatan serta muntah-muntah dan mengalami sesak nafas.

Siasatan mendapati mereka meninggal dunia disebabkan pendarahan paru-paru akibat hentakan benda tumpul dan polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berumur 29 hingga 44 tahun kira-kira 9.30 malam semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya percaya terdapat kecuaian dan unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Tetapi terlalu awal untuk saya katakan lebih dari itu kerana siasatan ke atas pihak yang berkaitan masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Kategori