Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Video: Inilah ‘Insan Misteri’...

JIKA hendak, terdapat bermacam-macam cara melakukan kebaikan kepada orang lain apatah lagi di bulan Ramadan...

JPN Tergendala Kebocoran Gas...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini dihentikan buat sementara waktu...

Jangan Ada Barung Di...

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik bertanding supaya tidak mendirikan...

SPR Ambil Tindakan Sewajarnya...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat pemakluman...

Aweta Anjur Larian, Kumpul Dana Misi Kutub Selatan

SHAH ALAM – Ekspedisi eksklusif wanita ke Antartika – ‘All Women Expedition to Antartica’ (Aweta) akan menganjurkan Larian Amal Antartika 2018 pada 7 Jan depan sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai misi ke Kutub Selatan itu.

Pengarah projek Aweta, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata lebih 3,000 individu daripada pelbagai lapisan masyarakat disasar menyertai larian amal berkenaan yang akan bermula dan berakhir di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Beliau berkata larian amal itu juga membuka peluang kepada 10 pemenang teratas kategori wanita untuk layak ke peringkat separuh akhir misi pencarian lima ‘Ratu Ais’, iaitu pelapis kepada penjelajah wanita negara yang juga mentor Aweta, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

“Selain menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai dan juga medal, peserta larian amal ini turut berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik bagi kategori Kostum Antartika Terbaik.

“Orang ramai yang berminat untuk menyertai larian ini boleh mula mendaftar menerusi laman web www.racexasia.com/event/atarctica-charity-run-2018 dan pendaftaran akan ditutup pada 17 Dis ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Larian yang akan bermula seawal pukul 7 pagi itu terbahagi kepada dua kategori iaitu 13 kilometer Lelaki dan Wanita Terbuka Kompetitif (18 tahun ke atas) serta kategori lima kilometer iaitu ‘Fun and Family Run’.

Noorizah berkataAweta memerlukan dana sebanyak USD1 juta bagi menampung keseluruhan kos ekspedisi tersebut yang bermatlamat untuk melahirkan ikon wanita berjiwa kental, bersemangat tinggi dan bermotivasi bagi memberi inspirasi kepada generasi muda.

Mengulas mengenai perkembangan Aweta, Sharifah Mazlina berkata setakat ini, lebih 100 wanita berumur 20 hingga 47 tahun telah menyertai saringan awal misi pencarian Ratu Ais di empat lokasi di Semenanjung sejak Mei lepas, namun hanya 30 yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya.


“Selepas ini, misi pencarian Ratu Ais akan ke Sabah serta Sarawak dan pemilihan peringkat awal akan tamat pada Januari ini. Amat menakjubkan apabila sambutan di luar jangka malah ramai dalam kalangan peserta ini terdiri daripada ibu-ibu muda yang mendapat sokongan padu daripada para suami.

“Ini menunjukkan rakyat kini lebih terbuka malah perkembangan golongan wanita itu sendiri juga semakin hebat yang mana mereka cenderung serta berani melakukan aktiviti ekstrem dan lebih mengutamakan penjagaan kesihatan,” katanya.

Sharifah Mazlina berkata misi Aweta dijangka berangkat ke Kutub Selatan pada November 2018 memandangkan ia merupakan waktu yang sesuai untuk menjelajah kawasan berais tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru lebih banyak pihak tampil menaja dan menyumbang dana untuk Aweta sebagai sokongan kepada badan bukan kerajaan itu yang terus berusaha memberdayakan lagi golongan wanita di negara ini khususnya wanita muda.

Katanya, individu yang masih berminat menyertai pemilihan ‘Ratu Ais’ Aweta, mereka boleh melayari laman web https://aweta2018.weebly.com atau laman Facebook dan Instagram @aweta2018. – BERNAMA

Kategori