Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengguna LRT, MRT &...

KUALA LUMPUR, – Orang ramai yang berhasrat menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT),...

“Saya Memang Jangka Kalah...

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata beliau telah...

Bicara Rosmah Tangguh Lagi,...

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi...

Jemaah Masjid, Surau Di...

SEREMBAN: Jemaah di masjid dan surau di Negeri Sembilan kini dibenarkan untuk merapatkan...

Azizulhasni Jadi Harapan Raih Emas Di Sukan Komanwel

KUALA LUMPUR – Jaguh keirin dunia , Azizulhasni Awang diletakkan harapan tinggi untuk menghadiahkan kilauan emas kepada kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April tahun depan.

Pengurus pasukan, Ramlay Ibrahim berkata selain Azizulhasni, Fatehah Mustapa dan Mohd Shah Firdaus juga turut dijadikan sasaran untuk mencipta sejarah tersendiri.

“Buat masa sekarang, kita harap kepada Azizulhasni sahaja kerana Sukan Komanwel adalah tahap tinggi, lagipun beliau juara dunia. Harap dapat kekalkan momentum terbaiknya.

Namun kita berharap pelumba lain juga dapat mengambil motivasi daripada juara dunia kita dan buat yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan temasya itu.

Persekutuan Kesatuan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini menyenaraikan 11 pelumba lelaki dan empat pelumba wanita untuk mewakili negara di temasya berprestij itu namun senarai akhir akan dimuktamadkan nanti ekoran kuota yang sedikit diberikan oleh penganjur.


Pelumba lelaki yang disenaraikan untuk mewakili enam daripada lapan acara yang dipertandingkan adalah, Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zionis, Eiman Firdaus Mohd Zamir, Irwandie Lakasek, Muhamad Afiq Huznie Othman, Mohamad Nur Aiman Ahmad Zariff, Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee, Muhammad Nur Aiman Rusli, Mohamad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Mohd Khairil Nizam Rasol.

Manakala, empat pelumba wanita yang akan menyertai empat daripada lapan acara dipertandingkan adalah Fatehah, Farina Shawati Mohd Adnan, Ju Pha Som Net dan Anis Amira Rosidi.

Ramlay berkata Sukan Komanwel adalah satu temasya yang berada ditahap tinggi dan skuad negara dijangka akan menerima saingan sengit daripada pelumba dari England, New Zealand dan tuan rumah, Australia. – BERNAMA

Kategori