Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tenun Pahang Diraja Ilham...

KUALA LUMPUR - Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku...

5 Barangan Keperluan Asas...

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima...

GPMS Lancar Tabung Bantu...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan melancarkan tabung bantuan bagi...

MP Pasir Gudang Pula...

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menawarkan diri menjadi...

Bahasa Melayu Satukan Malaysia & China

KUALA LUMPUR – Penghayatan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Cina di China dipercayai mampu merapatkan hubungan antara Malaysia dan China.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan pada Isnin berkata Pengarah Pusat Pengajian Bahasa Melayu, Beijing Foreign Studies University (BFSU) Profesor Wu Zong Yu bertanggungjawab menerajui pengajian bahasa Melayu sejak lebih 30 tahun lalu.

Kenyataan itu menyebut Wu berkata beliau terus berusaha menggunakan Bahasa Melayu sebagai usaha merapatkan hubungan kedua-dua negara dan berharap agar hubungan kedua-duanya kekal kukuh.

Agar persekitaran pembelajaran menjadi lebih menarik, pelajar Cina yang mengikuti pengajian Bahasa Melayu ini diberi nama Melayu seperti Alauddin, Muzaffar, Mahmud, Zanariah dan Fauziah oleh pensyarah mereka.

Selain Wu, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan juga turut menyumbang bakti dalam memperkembangkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih luas tentang Bahasa Melayu di BFSU demi memastikan pelajar dapat menggunakan istilah yang tepat dalam pengajian serta percakapan mereka.


Hingga kini, terdapat 16 universiti dengan 600 pelajar yang mengikuti pengajian Bahasa Melayu di China. – BERNAMA

Kategori