Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Agong Rasmi Persidangan Parlimen...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat...

Sugu Dilepas Tanpa Dibebas...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas pekerja ladang M....

Pendaki Tertua Malaysia Azam...

SEPANG - Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng berazam untuk kembali menawan...

Polis Buru Wanita Suka...

GILA...pihak berkuasa kini sedang memburu seorang wanita yang dianggap `gila' kerana secara selamba...

Bahrain Mahu Keahlian Qatar Dalam GCC Dibeku

MANAMA – Bahrain mahu keahlian Qatar dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dibekukan, sehingga negara itu memenuhi tuntutan Bahrain serta empat lagi negara Arab, lapor agensi berita China Xinhua.

Menteri Luar Bahrain, Shaikh Khalid Ahmed Al Khalifa menulis, menerusi Twitternya pada Isnin, mahu Doha keluar dari blok GCC atau memenuhi permintaan yang ditetapkan Bahrain, Arab Saudi, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu dan Mesir.

“Jika Qatar beranggapan ia boleh dilambatkan dan menunggu sehingga sidang kemuncak GCC akan datang, ia silap. Jika keadaan masih seperti itu, kami tidak akan hadir,” kata Shaikh Khalid dalam akaun Twitternya.

Kuwait akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak GCC ke-38 tahun ini.

Pada 5 Jun lepas, lima negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar selepas menuduh negara itu menyokong dan membiayai keganasan.


Kesemua negara Arab itu, kemudian mengeluarkan senarai 31 tuntutan kepada Qatar untuk menyelesaikan masalah namun ditolak Doha. – BERNAMA

Kategori