Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nourul Tolak Tawaran Sertai...

PENYANYI, Nourul Depp mengakui telah menerima lamaran daripada pihak produksi The Voice Perancis...

Seorang Maut, 6 Cedera...

SEMPORNA - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan menjunam ke parit...

RM1 Juta Perkembangan Industri...

ARAU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak...

Aminuddin Angkat Sumpah MB...

KUALA PILAH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun hari ini...

Bajet 2018: Atasi Masalah Kekurangan Katil Hospital

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang memohon kerajaan mempertimbangkan masalah kekurangan katil di hospital pada pengumuman Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Ketuanya Mohd Shahar Abdullah berkata peruntukan yang sesuai perlu diberikan untuk mengatasi masalah itu kerana jumlah katil yang mencukupi dapat membantu mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan.

“Masalah katil tidak mencukupi bukan hanya membebankan rakyat yang terpaksa menunggu lama tetapi juga boleh menyebabkan aspek keselamatan diabaikan kerana kesesakan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shahar menambah Bajet 2018 juga perlu memperbanyakkan geran kepada penganjuran program kesihatan bagi melahirkan masyarakat yang lebih peka dengan kepentingan aspek kesihatan dari usia muda dan melakukan usaha pencegahan dari peringkat awal.

Selain itu, Mohd Shahar juga berpandangan Bajet 2018 perlu memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi dan kajian berkaitan kesihatan untuk memacu pembinaan lebih banyak kemudahan atau teknologi canggih perubatan.


Sebagai contoh, beliau merujuk kepada inovasi syarikat elektronik di Singapura yang dinamakan Royal Philips Health Continuum Space (RPHCS), yang menggambarkan senario kehidupan sebenar sebuah kehidupan dengan objektif memudahkan tugas profesional penjagaan kesihatan yang secara tidak langsung meningkatkan kualiti dan ketepatan diagnosis klinikal untuk pesakit. – BERNAMA

Kategori